Program Love Islam For Eternally (LIFE) yang dilancarkan sebentar tadi sedikit sebanyak mengubah pandangan saya terhadap cinta selama ini. Program ini berjalan selama dua jam, dalam masa yang terhad itu, banyak perkara yang dikongsikan,
Kebanyakan manusia memahami bahawa cinta itu adalah barah dalam kerosakan akhlak pada hari ini, itulah pemikiran yang mesti dikikis. Lihat bagaimana manusia sekarang yang memahami cinta melalui television, novel, media massa dan lain –lain lagi. Tetapi tidak cuba memahami cinta itu daripada seorang utusan daripada Allah, iaitu nabi (S.A.W).
Cinta itu juga penguat
Bagaimana nabi (S.A.W) dan sahabat – sahabatnya boleh mengharungi segala ujian, cabaran, halangan dan pelbagai mehnah yang melanda ketika zaman permulaan islam dahulu. Apakah yang menjadi rahsia mereka? Hanya satu jawapan yang boleh diberi iaitu cinta. Ya, cinta itu penguat jika disandarkan kepada yang Punya kekuatan yakni Allah.
Cinta kepada Nabi (S.A.W) melebihi diri sendiri menjadi penanda kesempurnaan iman
Nabi (S.A.W) diutuskan sebagai tanda kasih sayang Allah kepada hamba – hamba-Nya. Cinta kepada nabi (S.A.W) bermakna cinta kepada Allah. Cinta nabi kepada umatnya amatlah tinggi dan suci, cintanya membahagiakan kita semua, cinta kepada umatnya melebihi diri baginda sendiri, cintanya menembusi dunia dan akhirat dan cintanya membawa kita ke syurga Ilahi. Jadi mengapa kita tidak berusaha membalas cintanya?
Kebebanan terasa ringan kerana cinta
Lahirkan cinta dalam pengabdian diri kita kepada Allah, kerana dengan itu menjadi kekuatan bagi mereka yang mempunyai cinta akan Allah dan juga Nabi-Nya. Semakin kuat diuji, semakin besar musibah menimpa, semakin hebat cabaran yang diterima, ternyata hanya menambahkan lagi kecintaan kepada Rabb dan juga nabi-Nya.
Cinta kepada Allah mencambahkan cinta yang lain
Kenapa sedemikian? Kerana semua yang ada pada kita ini adalah datang daripada Allah juga. Ibubapa, ahli keluarga, jiran, sahabat handai, harta, bukankah semua itu datang daripada Allah juga? Dan ianya menjadi bukti bahawa cinta kita kepada benda lain mesti didasari dengan cinta kepada Ilahi.
Ayuh, mari sebarkan cinta.
aku tak pandai nak bicara cinta pau...tnya moon dia pandai....
ReplyDeletehebatnya mad pau, eh silap..ahmad naufal :)
ReplyDelete