Manusia masing – masing mempunyai tanggapan atau sangkaan yang membentuk pemikiran dan juga sangkaan dalam sesuatu perkara. Tanggapan dan sangkaan yang baik terhadap sesuatu perkara membuatkan seseorang itu berada dalam yang baik dan tenang, begitu juga sebaliknya.
Bersangka baik memperoleh kebaikan
Apa sahaja yang kita lalui dalam kehidupan ini, mesti ada keadaan yang melemahkan kita, membuat kita hampir hilang kewarasan dalam berfikir, kadang kala membuat kita bertindak luar dugaan manusia. Solusinya mudah sahaja, anda hanya perlu bersangka baik untuk mengelak terjadi hal sedemikian dalam kehidupan anda
sendiri.
Ternyata ia membahagiakan
Bersangka baik amat membahagiakan, kerana kita tidak berasa bimbang dan gelisah mengenai perkara tersebut. Bersangka baik juga tidak terhad kepada manusia sahaja tetapi merangkumi semua termasuklah bersangka baik kepada Allah dan takdir-Nya serta segala aturan-Nya dalam kehidupan kita.
Apakah pula jika sebaliknya?
Apa faedahnya jika kita bersangka buruk dengan orang lain dan juga takdir aturan Allah? Sedangkan semua itu bukan dalam pengetahuan manusia. Tidak ada yang akan diperolehi daripada bersangka buruk melainkan merosakkan diri sendiri. Apabila pemikiran diri dikuasai oleh pandangan yang buruk ianya juga hanya menambah-burukan lagi keadaan.
Sangka buruk membawa dosa yang lain
Ya, sangka buruk boleh juga membawa dosa yang lain. Sebagai contoh, apabila seseorang menyebarkan sangkaan buruknya kepada orang ramai dan kemudian didapati perkara tersebut adalah sebaliknya. Bukankah itu fitnah? Ya fitnah yang pada awalnya bermula daripada sangka buruk dan banyak lagi implikasi buruk yang akan muncul.
Sangka buruk menunjukkan hati dan pemikiran
Sangka buruk menunjukkan hati dan pemikiran seseorang itu bermasalah, dan semua yang akan dilaluinya dalam kehidupan ini akan menjadi susah kesan daripada sangkaannya sendiri.
Ayuh mari senangkan hidup ini dengan sangkaan
No comments:
Post a Comment