Sebagai seorang islam mesti bersungguh dalam jihad kita yang mereka tempuhi, jangan sesekali timbul rasa putus asa atau merasa lemah dengan cabaran yang datang menduga. Sesungguhnya apabila kita tempuhinya dengan ketabahan dan kecekalan hati, maka kita akan menjadi lebih kuat dan secara tidak langsung mematangkan pemikiran kita.
Apabila kita kita mengakui islam itu adalah agama yang kita anuti, secara tidak langsung kita telah mengisytiharkan jihad untuk menempuhi hidup ini sebagai seorang islam. Memang saya akui bukan mudah untuk menempuh jihad ini, tetapi percayalah bahawa Allah tidak pernah meninggalkan hambanya yang bersungguh dalam jihad mereka.
Jalan jihad tidak pernah hilang
Ya, memang jalan jihad itu tidak sesekali hilang dalam kehidupan kita, setelah selesai menempuhi jihad ini, datang pula jihad yang itu, bermacam – macam jihad yang kita akan tempuhi. Jihad ini tidak dapat digambarkan dengan kata – kata, tetapi hanya akan dapat dirasa apabila kita melaluinya sendiri. Sesiapa yang tidak pernah melaluinya tidak akan memahaminya.
Medan jihad itu berbeza – beza
Ada orang tugasnya menjadi pemimpin maka dia berjihad sevagai seorang pemimpin. Ada pula tugasnya belajar, maka jihadnya adalah belajar. Dan setiap medan jihad mesti mempunyai kesusahan, kesulitan, kepayahan yang tersendiri, maka berkorban apa yang termampu untuk kita menang dalam jihad ini, walaupun kadangkala kita terkorban dalam jihad yang kita tempuhi
Sungguh dalam jihad itu ada dua kebaikan
Apabila kita berjihad, jawapannya antara dua, sama ada menang ataupun terkorban. Dua kebaikan yang saya ingin tekankan di sini adalah, yang pertamanya kemenangan kita di sisi manusia dan jika kita terkorban pula, kita mendapat kemenangan di sisi tuhan. Bukankah kedua – dua itu kebaikan? Apakah kita memikirkannya?
Bilakah masanya jihad ini akan berakhir?
Kadang kala kita mengeluh, bilakah akan berakhirnya kesusahan dan keperitan ini? Medan jihad hanya berakhir dengan kematian. Itulah pengakhiran sebuah medan jihad.
No comments:
Post a Comment