kita ini manusia yang telah diciptakan, sentiasa ingin akan kebaikan, sentiasa mahukan kebaikan, sentiasa dahagakan kejayaan dan segala macam manusia ingin capai dalam hidup ini. jadi manusia ini berlumba - lumba dalam mengejar kejayaan dengan pelbagai usaha melalui pelbagai jalan untuk memperolehi sesuatu yang diidamkan.
Ada manusia yang menggunakan helah untuk cepat mencapai kejayaan, dan setelah itu menyatakan bahawa kejayaan itu diperolehi dengan hasil usahanya sendiri, ada juga manusia yang jujur dalam usahanya, tidak kiralah berjaya atau tidak, tetapi mereka tetap berusaha untuk mencapainya kerana mereka itu sedar bahawa kejayaan itu bukan milik mereka sebenarnya.
kejayaan itu adalah pemberian Allah
kenapa saya berkata sedemikian, kerana hak kita hanyalah berusaha dan bertawakal, dan menjadi hak Allah memberi kejayaan atau tidak, kerana itulah kita mesti meyakini bahawa Allah yang memberikan kejayaan, bukan hasil daripada usaha kita semata - mata, jadi kita mesti redha bahawa Allah berhak mengambil kembali kejayaan itu.
kadang - kadang manusia itu marah apabila apa yang ada padanya diambil kembali, apa yang telah diperolehi selama ini ditarik kembali, kerana apa? kerana manusia itu menganggap bahawa kejayaan itu adalah milik mereka. tidakkah kita memikirkannya?
semasa kita berhadapan dengan Allah pada hari kiamat. kita tidak akan ditanya mengenai kejayaan kita atas muka bumi ini, kerana kejayaan itu adalah pemberian Alah, tetapi kita akan ditanya mengenai usaha yang kita lakukan, kerana itu hak kita. Apakah kita tidak memikirkannya?
jadi marilah berusaha tanpa mengira pulangannya,sama ada kejayaan atau kegagalan
No comments:
Post a Comment