Thursday, 1 December 2011

ujian dan dugaan itu pengubat

ujian dan dugaan itu mesti dihadapi oleh semua manusia yang pernah melata atas bumi ini. tidak kiralah sama ada ujian berbentuk kenikmatan ataupun kesusahan. ujian dan dugaan datang tanpa mengira kedudukan seseorang itu,  tetapi tahukah saudara dan saudari sekalian, sangat ramai dalam kalangan manusia tidak melepasinya.



kadang - kadang ujian itu datang secara tiba - tiba, kadang - kadang dugaan datang secara berpanjangan, sehingga kita lemah dalam langkahan kita sebagai hamba kepada yang Esa. sehingga kita merasakan tiada ada yang dapat membantu, menghulurkan tangan membantu dalam setiap inci perjalanan hidup kita. kita merasakan seolah -olah dunia ini kelam, tiada lagi sinarnya.



Tahukah kita siapa yang mengaturkannya?



Dia adalah pencipta kita, Dia tahu segala - segalanya tentang kita. Dia adalah Allah. Mengapa Dia mengaturkan ujian dan dugaan kepada kita? kerana Dia ingin menghadiahkan sesuatu yang amat diperlukan oleh jiwa dan ruh kita. setiap aturannya mempunyai hikmah yang hanya boleh dilihat dengan mata hati. bukankah itu sesuatu yang menguntungkan bagi sesiapa yang bersangka baik dengan aturan- Nya



ujian dan dugaan itu pengubat



ketika mana kita melutut dalam tangisan depan ujian, hati kita yang sebelum ini penuh dengan dosa, hati yang penuh dengan maksiat, hati yang jauh daripada Allah, jiwa yang kosong kembali terisi, kembali disucikan, kerana sewaktu kita ditimpa dengan ujian, akan mewujudkan rasa bertuhan dalam diri, mewujudkan rasa penggantungan diri hanya pada yang Esa. Bukankah itu pengubat?



Apabila insan menyerahkan segalanya kepada tuhan, apabila hati mereka hanya ada Allah, mereka akan temui keajaiban dalam hidup ini. jalan - jalan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran manusia, lorong - lorong yang tidak manusia bayangkan, akan dikurniakan Allah. Ujian dan dugaan membawa kita ke arah memahami hakikat sebenar kehidupan manusia, hati yang dulunya kotor kini telah disucikan, hati yang dulunya jauh daripada Ilahi kini semakin dekat, jiwa yang dulunya kosong kini telah terisi.



itulah pengubatnya.


Jadi bersabarlah wahai hati atas ujian yang menimpamu

No comments:

Post a Comment