Apakah yang anda terbayangkan apabila disebut berkaitan dengan orang bijak? Peringkat pengajiannya yang tinggi? Mendapat anugerah dekan dalam pengajian? Menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi seperti master dan PhD, dan lain – lain. Ya itulah yang difikirkan dalam kebanyakan orang apabila menyembut berkenaan orang bijak.
Tapi tahukah anda erti orang bijak di sisi Nabi (s.a.w)
Orang melihat keaiban diri dan bersiap sedia melakukan persediaan untuk menghadapi kematian. Itulah orang yang bijak yang digambarkan oleh Nabi (s.a.w) yang dinukilkan dalam sebuah hadis baginda. Cuba anda sebagai umatnya meneliti apa yang di sebutkan oleh baginda dalam hadis tersebut.
Cuba renungkan sebentar
Erti orang bijak yang digambarkan oleh nabi (s.a.w) agak berbeza dengan erti orang bijak yang kita fahami hari ini. Mereka yang dari segi luarannya kelihatan bijak, tidak semestinya bijak pada dalamnya. Bagaimana kita hari ini memahami erti orang bijak hanya di dunia tanpa memandangnya menembusi akhirat. Apakah kita tidak memandangnya?
Ertinya di sisi Nabi (s.a.w)
Apa yang dimaksudkan oleh nabi berkenaan orang bijak adalah menembusi dunia dan akhirat. Ya cuba kita lihat, apa yang dikatakan oleh nabi (s.a.w), orang bijak yakni orang yang melihat keaibannya sendiri . Bukankah itu ciri orang yang berjaya di dunia? kerana dengan melihat keaiban diri ini, seseorang itu akan melihat dirinya amat kerdil disisi Allah serta melahirkan rasa kehambaan dalam diri seseorang itu.
Bersedia untuk menghadapi kematian. inilah adalah orang yang berjaya di akhirat . kematian itu menjemput kita pada bila – bila masa sahaja, dengan melakukan persediaanlah kita berani menghadapinya. Lihatlah bagaimana erti orang yang dimaksudkan dalam hadis yang menjadi panduan bagi manusia yang beriman.
Tidak salah kalau hendak Berjaya seperti kebanyakan manusia fahami, tetapi jangan kita lupa dengan hadis ini ketika mana kita telah hebat di mata manusia. Manusia yang melihat keaibannya sendiri dan bersedia untuk kematian.
No comments:
Post a Comment