Manusia tidak biasa untuk hidup berseorangan, menjalankan khalifah berseorangan, memakmurkan muka bumi dengan seorang diri, memerlukan sesuatu yang sentiasa membantu daripada belakang sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Jangan sesekali kita merasakan bahawa tanpa orang lain kita boleh menjalankannya dengan baik, bahkan hanya menyebabkan kerosakan semata – mata.
Siapakah yang kita perlukan?
Siapa yang memerlukan dan diperlukan? Jawapannya hanyalah sahabat. Ya kita memerlukan sahabat untuk membantu kita dalam menempuh liku – liku sebagai seorang manusia. Sahabat bersama kita,di saat mana kita susah dan senang,di saat mana kita lemah dan kuat, menjadi tempat berkongsi suka dan duka.
Apakah ciri sahabat yang dicari?
Sahabat yang baik bagi saya adalah sahabat yang mengingatkan saya kepada Allah ketika mana saya lalai dalam mengingati-Nya. Sahabat juga sentiasa memberi nasihat dan teguran secara berhikmah kepada ketika saya melakukan kesilapan, membantu saat saya memerlukan pertolongan manusia.
Berusaha menjadi sahabat kepada orang lain
Apakah anda suka jika ada orang yang menghargai anda? Sukakah anda jika ada yang membantu anda ketika mana anda memerlukannya? Adakah anda suka jika ada orang yang bercita – cita untuk membawa anda ke syurga? Ya, semestinya ya, begitu juga orang lain bukan kita seorang sahaja yang merasakan sedemikian. Maka berusahalah menjadi sahabat kepada orang lain.
Jangan mengharapkan balasan
Ya jangan mengharapkan balasan daripada manusia, kerana ianya mengikis sifat sahabat yang ingin kita bina dalam diri kita, dan ianya juga boleh memesongkan keikhlasan dalam hati kita. Berharaplah kepada Allah, anda tidak akan pernah kecewa dengan pulangan yang akan diberikan-Nya pada kemudian hari.
Bersahabatlah kerana ianya salah satu jalan ke syurga
No comments:
Post a Comment