Dalam kehidupan ini, kita sebagai insan yang lemah tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan sama ada sengaja ataupun tidak. Pelbagai ragam dan kesalahan manusia yang akan kita temui dalam menjalani kehidupan ini sebagai hamba-Nya. Kehidupan kita ini sebenarnya penuh dengan halangan sehingga kadangkala kita terjatuh dalam kesalahan – kesalahan sebagai seorang manusia.
Ikuti kesalahan dengan kebaikan.
Inilah ubatnya bagi mereka yang melakukan kesalahan, berbuat kebaikan selepas melakukan kesilapan atau kesalahan kerana dengan itu mudah – mudahan dapat memadamkan kesalahan yang telah dilakukan. Mustahil untuk kita kembali ke zaman silam untuk memperbetulkan apa yang salah, jadi solusinya kita ikuti kesalahan itu dengan kebaikan.
Menghilangkan rasa kekecewaan
Ya , kadangkala setelah kita melakukan kesilapan atau kesalahan, kita berasa amat menyesal dan kecewa dengan perlakuan kita sendiri sehingga kita rasa tidak ada peluang untuk kita kembali ke pangkal jalan.
Hilangkan kekecewaan itu dan mulakanlah kehidupan yang baru ini dengan melakukan kebaikan.
Jangan kita berasa lemas dalam kekecewaan dan penyesalan sehingga kita tidak bergerak melakukan perubahan ke arah kebaikan. Berdoalah kepada yang Esa supaya diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Sedarlah kamu bahawa syaitan sentiasa membisikkan kepada kamu supaya terus dalam keputus – asaan.
Mulakan dengan kebaikan
Buatlah kebaikan, jangan kita terus melakukan kesalahan demi kesalahan, kesilapan demi kesilapan sehingga naluri kita sebagai seorang hamba yang ingin kebaikan lupus serta hilang dalam kamus hidup kita. Sentiasa berusaha sehingga nafas yang terakhir, jangan dibimbangi pulangan yang akan kita terima di dunia, tetapi sekurang – kurangnya kita telah berusaha untuk mengubahnya, dan menjadi jawapan pada Akhirat kelak.
Naluri kita sebenarnya inginkan kebaikan, wahai sekalian manusia
No comments:
Post a Comment