Ramai manusia terutamanya daripada kalangan pelajar khususnya, tidak kira sedang menuntut di mana pun, sama ada di universiti, sekolah menengah, sekolah rendah hatta tadika sekalipun, merungut bahawa belajar itu susah. bukan sesuatu yang pelik bila dikatakan belajar itu susah kerana kita sendiri pernah menghadapi kesukaran itu.
kita dapat lihat betapa ramainya manusia yang gagal dalam pelajarannya, kita dapat lihat dalam masyarakat kita hari ini, hanya segelintir sahaja yang berjaya dalam pelajaran mereka, sebahagian besar lagi ke mana? Di sini saya bukan hanya menyatakan belajar secara formal sahaja, tetapi merangkumi semua jenis pembelajaran, tetapi ramai yang tidak melepasinya. kenapa?
Rata - rata daripada mereka mengatakan belajar itu susah. Ya saya juga mengakui, saya juga seperti anda semua, saya juga pernah melalui zaman tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, dan yang terbaru zaman universiti, Ya memang betul. belajar itu susah, kita dapat lihat banyak orang yang bunuh diri kerana kecewa dengan kegagalan. tetapi yang menyelamatkan kita berbuat sedemikian adalah aqidah kita.
kerja sekolah yang banyak, kesukaran dalam mengingat, Gangguan rakan - rakan sekelas, tekanan daripada banyak pihak, tidak faham apa yang diajar, dan banyak lagi. susah dan susah itu sahaja yang bermain dalam fikiran saya ketika itu, saya cuba untuk mencari solusinya, sedaya upaya menjauhi perasaan benci akan belajar, akhirnya saya menjumpainya. kenapa belajar itu susah?
kerana ianya satu jihad
jihad apa yang senang atas muka bumi ini, wahai sahabat sekalian? tidak kiralah apa sahaja kita lalui mesti ada rintangannya, pasti ada cabarannya, kerana apabila melepasi segala halangan - halangan tersebut, apa yang kita dapat? kita menjadi lebih kuat, lebih gagah untuk menghadapi cabaran yang seterusnya. manusia itu akan menjadi semakin kuat jika kuat diuji, seperti kalam yang saya pernah dengar "tangan manakah yang kuat, kiri atau kanan,"? jawapannya tangan yang banyak buat kerja,
begitu juga manusia, kesusahan itu menguatkan manusia
apabila memikirkannya kembali, jihad yang saya tempuhi selama ini tidak sama langsung dengan jihad para nabi dan sahabat - sahabatnya, jihad mereka tempuhi jauh lebih sukar, apa yang kita kecapi hari adalah hasil usaha jihad mereka. mereka tidak pernah merungut jauh sekali untuk berputus asa dengan jalan jihad mereka, tidak pernah merajuk dengan ketentuan Ilahi sama ada berjaya atau gagal.
sebagai konklusinya, apa sahaja yang kita tempuhi, pasti ada yang menghalangnya. Jadi tsabitkan hati kamu itu pada jalan-Nya kerana ianya satu jihad.
No comments:
Post a Comment