Tuesday 29 November 2011

bezanya kita hanya taqwa

ramai dalam kalangan manusia yang mengklasifikasikan manusia daripada sudut kecantikan dan sudut material seperti kekayaan, harta, aset, pangkat, jawatan dan banyak lagi. Siapalah kita untuk memberi markah kepada ciptaan Allah? "Yang ini bagus, yang ini tidak bagus" kata yang biasa kita dengari. "Yang ini cantik, yang ini tidak cantik" Siapa kita?



sebenarnya kita hanyalah hamba.



Apakah kita lupa akan hakikat itu? ya kita hanyalah hamba, tidak layak langsung memberi markah kepada ciptaan Allah melalui timbangan manusia itu sendiri. sebenarnya kita yang sepatutnya diberi markah oleh pencipta kita akan perlakuan kita, ibadat kita, akhlak kita, pergaulan kita, cara hidup kita. sebab apa hal sedemikian? sebab kita adalah hamba-Nya



Jadi apa yang membezakan kita daripada penilaian tuhan?



iaitu bezanya kita hanya taqwa sahaja. jadi apa itu taqwa? taqwa adalah perasaan takut kepada Allah, walau apa pun keadaan, keadaan terang ataupun tersembunyi. Taqwa banyak kali disebut dan diulang dalam al quran, menunjukkan bahawa taqwa ini amat penting bagi diri manusia. Apakah kita tidak memikirkannya? 



di sini kita dapat lihat penilaian bukan sekadar melihat dari luaran atau aspek material semata - mata, tetapi merangkumi semua aspek hinggakan hal - hal kecil juga diambil kira. penilaian ini juga tidak hanya terhad dari kaca manusia sahaja tetapi paling utama adalah meletakkan penilaian sesuatu perkara daripada timbangan Allah juga.



 Apakah kita melihatnya daripada timbangan Allah (S.W.T).?

Monday 28 November 2011

apa yang telah ada, itulah harapan kita

manusia bermaksud pelupa, apabila telah diberi nikmat, kebanyakan daripada manusia akan lupa kepada pemberi nikmat tersebut. dan apabila nikmat itu ditarik balik, kebanyakan manusia akan marah, akan menyalahkan orang sekeliling bahkan ada segelintir dalam kalangan manusia menyalahkan tuhan iaitu Allah. Mengapa situasi  sebegini boleh berlaku??


kerana ramai manusia menganggap nikmat yang ada pada dirinya itu hak mutlak miliknya, tidak ada yang berhak berkongsi dengannya, tidak ada yang berhak mengambilnya,  rasa tinggi diri, serta cepat marah apabila diuji, tidak redha.


jadi apakah solusi yang boleh menyedarkan manusia yang sedang dibalut dengan kekecewaan ini? terdapat perkara yang boleh menyedarkan manusia iaitu memahami konsep "apa yang telah ada, itulah harapan kita" yang saya petik daripada kata - kata Hamka. apakah saudara dan saudari memahaminya?


pada awalnya, saya juga tidak memahaminya, tetapi berlaku sesuatu perkara yang membolehkan saya memahaminya, iatu ketika saya mengambil keputusan SPM, saya tidak mendapat keputusan yang seperti saya idamkan, rasa sedikit terkilan, rasa sedikit kecewa, saya berusaha mencari solusinya, akhirnya saya terjumpa kata - kata ini. "apa yang telah ada, adalah harapan kita"


Ya betul, apa yang telah ada memang harapan kita. sebab apa? Sebab jika diberi dua pilihan antara gadaikan tangan kita atau nikmat - nikmat yang lain dengan  mendapat keputusan yang cemerlang. Yang manakah menjadi pilihan anda? sudah tentu, anda memilih nikmat tangan itu meskipun tidak mendapat keputusan yang cemerlang. apakah anda tidak memerhatikannya?


nikmat yang telah lama Allah kurniakan kepada kita, kadang - kadang kita lupa dengannya, lupa untuk mensyukurinya. sebenarnya bukan salah untuk mengharapkan benda yang belum ada, tetapi jangan lupa pada yang telah ada,


mari kita sama - sama mengoreksi diri.

kerana kita hanyalah hamba-Nya

Pernahkah saudara - saudari sekelian, memohon doa untuk sesuatu perkara tetapi tidak diperkenankan? Apakah yang anda rasa ketika mana saat doa kita seakan tidak didengari, tidak tanda - tanda untuk dimakbulkan? kecewa bukan, tidak banyak pon, kita akan tetap merasa kekecewaan itu walaupun sedikit, tahukah anda antara penyebab keadaan sebegitu?




sebab utamanya, kita adalah hamba.




kadangkala Allah sengaja tidak mahu memakbulkan permintaan kita, bukan bermakna Dia menzalimi hamba, bukan bermakna Dia tidak mendengarinya tetapi Allah ingin mengajar kita apa erti sebenar seorang hamba. manusia manakah yang tidak mahu semua keinginannya dipenuhi? manusia manakah yang tidak hasrat ditunaikan? manusia manakah yang suka apabila diuji? tetapi Allah kurniakan lebih apa yang kita mohon sebenarnya iaitu mengenal diri sendiri yang bergelar hamba.








tahukah anda apa yang akan terjadi sekiranya semua keinginan anda dipenuhi? apakah yang terlintas di benak fikiran anda apabila semua hasrat anda ditunaikan? di sini  terdapat dua kemungkinan iaitu anda bersyukur atas pemberian tuhan atau anda lupa diri. kebanyakan manusia akan lupa apabila diuji dengan kenikmatan, berasa diri tinggi lebih daripada orang lain, berasa dirinya hebat kerana semua yang diidamkannya boleh dicapai, apakah kita tidak memikirkannya.?








Biar kita susah, asal kita tidak jauh dari tuhan, biar kita perit asal kita tidak putus asa dengan tuhan, biar kita jatuh, asal kita dapat mengenal tuhan, jadi apa yang terjadi di sekeliling kita, bahkan apa yang kita hadapi, terimalah ia sebagai teguran dari tuhan yang menyedarkan kita hakikat kehidupan makhluk iaitu kerana kita hanyalah hamba-Nya








Terdapat hikmah dalam setiap aturan-Nya, jangan kita melihatnya dari satu aspek sahaja, tetapi berusahalah untuk melihatnya dari sudut berbeza, dari sudut positif, bersangka baiklah dengan tuhan. Allah tidak akan menzalimi hambanya melainkan hamba itu sendiri. 

Sunday 27 November 2011

menjadi yang istimewa

sebagai seorang manusia yakni insan akan merasa dirinya istimewa atau lebih mudah dikatakan merasanya lebih daripada orang lain, yang merasakan dirinya lebih unik, yang mendorongnya untuk merasa istimewa dengan kelebihan itu, tetapi kebanyakan kelebihan yang ingin ditunjukkan manusia ini tidak memberi faedah mahupun sedikit kepada dirinya dan orang lain



jadi apakah yang dimaksudkan dengan kelebihan yang selalu manusia rasakan itu?



disini saya ingin mengajak tuan - puan untuk mengenal kelebihan  sebenar seorang insan yang beertebaran di atas muka bumi ini. jawapannya hanya satu, manusia akan menjadi unik ataupun istimewa apabila mengamalkan islam yang sebenar, berdiri atas paksi syariat-Nya, menegakkan perintahnya,menjauhi larangannya serta berjihad di jalan-Nya.




Sesungguhnya manusia itu hanya akan menjadi mulia hanya kerana menghayati dan seterusnya mengamalkan islam, menjadikan manusia paling istimewa di sisi-Nya meskipun seluruh dunia membencinya. tiadalah maknanya apabila kita dimuliakan di dunia meskipun satu dunia memuliakannya tetapi Allah tidak memandang kepada kita sedikitpon.




Jadi apakah kita ini sudah cukup istimewa? apakah kita ini hanya menjadi istimewa dalam kalangan manusia sahaja? apakah kita ini akan dimuliakan selain daripada menghayati islam dan mengamalkannya? tidak dan tidak. kita mulia kerana islam, kita hebat kerana islam, kita istimewa kerana islam.




maka marilah kita menjadi yang teristimewa di sisi-Nya

Saturday 26 November 2011

soalan yang terjawab

matlamat dan faktor pendorongnya, itulah tajuk yang yang dibawa sahabat saya ketika memberi tazkirah sebelum kuliyyah bermula, tajuk yang pada awalnya saya sangka biasa tetapi pada akhir tazkirah itu saya mendapat jawapan yang selama ini, saya sering berfikir mengenainya.




saya berfikir apakah kita ini benar - benar ikhlas apabila kita mengharapkan dua atau lebih matlamat dalam satu - satu masa, sebagai analogi kita belajar, kita belajar untuk mencari keredhaan Allah tetapi terdapat juga matlamat - matlamat lain seperti ingin berjaya dalam pelajaran, agar ibu bapa bangga dengan kita, ingin mendapat anugerah dan banyak lagi, apakah kita benar - benar ikhlas..




dalam tazkirah tersebut, sahabat tersebut menceritakan bahawa perkara matlamatnya hanya untuk mencari keredhaan Allah tetapi matlamat lain seperti berjaya atau menyenangkan hati ibubapa adalah faktor yang mendorong ke arah yang sama iaitu mencari keredhaan Allah. bukankah selalu kita baca doa ini, yang bermaksud  "Ya Tuhan kami, kurniakan kami di dunia ini kebaikan dan juga kebaikan di akhirat, dan jauhkanlah kami dari azab api neraka".








maka tidak salah untuk mengharapkan matlamat - matlamat lain kerana ia juga mendorong ke arah yang sama iaitu mencari redha- Nya, pada masa yang sama juga dapat mencapai matlamat kita didunia ini,



semoga perkongsian yang sedikit ini, membantu kita meneruskan kehidupan ini

Friday 25 November 2011

Syukur di atas nikmat

Alhamdulillah, perkataan syukur yang cuba diungkapkan tidak akan pernah sama dengan nikmat yang telah diberi-Nya, meskipun kita cuba  menzahirkan rasa itu melalui perbuatan, cara hidup kita, tetapi tidak mungkin dapat membalas nikmat yang telah dikurniakan ini.  sukar untuk diungkap bagaimana perasaan apabila diberi kekuatan untuk menulis blog ini..

saya menulis blog ini bukan untuk mencari populariti atau menjadikan ia satu medium untuk mencari kawan atau  teman tetapi sekadar untuk berkongsi pengalaman, pandangan, fikrah, atau berkongsi matlamat... saya ingin jadikan ia satu medium yang membolehkan saya untuk melihat sesuatu benda daripada sudut yang berbeza dengan berkongsi pendapat dengan orang lain melalui cara berfikir masing - masing, menjadikan pandangan saya lebih menyeluruh dan luas.

Apa yang ingin saya katakan di sini, setiap daripada kita ini mempunyai pandangan yang berbeza dalam sesuatu perkara, pandangan kita dengan orang lain mungkin sama atau mungkin tidak, tetapi pendapat yang berlainan itu mengajar kita cara berfikir dengan lebih matang dan menyeluruh dalam sesuatu perkara. tidak hanya terikat dengan satu - satu aspek sahaja. mengajar kita agar melihat yang merangkumi semua aspek.

semoga diberi kelebihan atau kekuatan untuk terus mentarbiyah diri dan sahabat - sahabat, semoga apa yang cuba disampaikan akan menjadi buah fikiran atau pendapat yang berguna untuk mencari hakikat kehidupan makhluk yang sebenar.