matlamat dan faktor pendorongnya, itulah tajuk yang yang dibawa sahabat saya ketika memberi tazkirah sebelum kuliyyah bermula, tajuk yang pada awalnya saya sangka biasa tetapi pada akhir tazkirah itu saya mendapat jawapan yang selama ini, saya sering berfikir mengenainya.
saya berfikir apakah kita ini benar - benar ikhlas apabila kita mengharapkan dua atau lebih matlamat dalam satu - satu masa, sebagai analogi kita belajar, kita belajar untuk mencari keredhaan Allah tetapi terdapat juga matlamat - matlamat lain seperti ingin berjaya dalam pelajaran, agar ibu bapa bangga dengan kita, ingin mendapat anugerah dan banyak lagi, apakah kita benar - benar ikhlas..
dalam tazkirah tersebut, sahabat tersebut menceritakan bahawa perkara matlamatnya hanya untuk mencari keredhaan Allah tetapi matlamat lain seperti berjaya atau menyenangkan hati ibubapa adalah faktor yang mendorong ke arah yang sama iaitu mencari keredhaan Allah. bukankah selalu kita baca doa ini, yang bermaksud "Ya Tuhan kami, kurniakan kami di dunia ini kebaikan dan juga kebaikan di akhirat, dan jauhkanlah kami dari azab api neraka".
maka tidak salah untuk mengharapkan matlamat - matlamat lain kerana ia juga mendorong ke arah yang sama iaitu mencari redha- Nya, pada masa yang sama juga dapat mencapai matlamat kita didunia ini,
semoga perkongsian yang sedikit ini, membantu kita meneruskan kehidupan ini
No comments:
Post a Comment