Tuesday 27 December 2011

Kehidupan kita

Kehidupan di atas muka bumi ini ada permulaannya, ya saya percaya semua orang akan mempercayainya bahawa kehidupan kita bermula sejak kita dilahirkan. Tetapi sedarkah anda? pada masa yang sama, ramai yang lupa bahawa kehidupan ini juga ada pengakhirannya. Pengakhiran kehidupan kita atas muka bumi ini adalah kematian.

Hidup kita akan berakhir

Sejak mula kita dilahirkan, membesar, dan melalui peringkat – peringkat kematangan dan menuju ke usia emas. Tetapi kebanyakkan manusia tidak melepasi ujian dan cabaran  pada waktu keremajaannya. Ramai yang tewas kerana menyangkakan bahawa keremajaannya akan kekal, tetapi ternyata ianya hanyalah seketika sahaja.

Lihat pada mereka yang telah pergi meninggalkan kita

Lihat dan teliti kehidupan mereka, mereka juga pernah hidup, mereka juga pernah melalui zaman seperti yang sedang kita lalui sekarang ini, dan mereka pergi meninggalkan kita, dan ianya menjadi petanda bahawa kita juga akan mengikut jejak langkah mereka. Kehidupan ini sebentar sahaja, wahai sahabat sekalian.

Apakah yang kita bayangkan jika seseorang itu sedang menuju untuk menghadapi kematiannya

Cuba bayangkan jika kita yang sedang menghadapinya, tidakkah timbul rasa kekecewaan dalam jiwa kita? 
Tidakkah merasa rugi hidup ini hanya diisi dengan benda yang sia – sia? Justeru, Apakah ada masa lagi untuk kita mengisi masa kita dengan benda yang tidak berfaedah? Penuhilah masa dengan perkara yang dapat menolong kamu kelak.

Jadilah seperti mereka

Hanya mereka yang berjihad di jalan-Nya sahaja yang gembira dengan kematiannya sendiri. Dan dunia menangisi pemergian mereka, kerana jihad yang telah mereka persembahkan di jalan-Nya. Sesungguhnya Allah telah membeli jiwa mereka dengan syurga-Nya, mereka yang menggunakan masa yang ada untuk berjihad di jalan-Nya.



Masih tetap ada kasih – sayang-Nya

Ya, kita masih dapat menghirup udara ciptaan-Nya, Ternyata kita masih lagi hidup, bermakna juga kita masih diberi peluang untuk membuat kebaikan atas muka bumi sebelum terlambat dan ia menjadi petanda bahawa masih tetap ada kasih sayang-Nya.

Mengubah pandangan dengan sangkaan

Manusia masing – masing mempunyai tanggapan atau sangkaan yang membentuk pemikiran dan juga sangkaan dalam sesuatu perkara. Tanggapan dan sangkaan yang baik terhadap sesuatu perkara membuatkan seseorang itu berada dalam yang baik dan tenang, begitu juga sebaliknya.

Bersangka baik memperoleh kebaikan

Apa sahaja yang kita lalui dalam kehidupan ini, mesti ada keadaan yang melemahkan kita, membuat kita hampir hilang kewarasan dalam berfikir, kadang kala membuat kita bertindak luar dugaan manusia. Solusinya mudah sahaja, anda hanya perlu bersangka baik untuk mengelak terjadi hal sedemikian dalam kehidupan anda 
sendiri.

Ternyata ia membahagiakan

Bersangka baik amat membahagiakan, kerana kita tidak berasa bimbang dan gelisah mengenai  perkara tersebut. Bersangka baik juga tidak terhad kepada manusia sahaja tetapi merangkumi semua termasuklah bersangka baik kepada Allah dan takdir-Nya serta segala aturan-Nya dalam kehidupan kita.

Apakah pula jika sebaliknya?

Apa faedahnya jika kita  bersangka buruk dengan orang lain dan juga takdir aturan Allah? Sedangkan semua itu bukan dalam pengetahuan manusia. Tidak ada yang akan diperolehi daripada bersangka buruk melainkan merosakkan diri sendiri. Apabila pemikiran diri dikuasai oleh pandangan yang buruk ianya juga hanya menambah-burukan lagi keadaan.

Sangka buruk membawa dosa yang lain

Ya, sangka buruk boleh juga membawa dosa yang lain. Sebagai contoh, apabila seseorang menyebarkan sangkaan buruknya kepada orang ramai dan kemudian didapati perkara tersebut adalah sebaliknya. Bukankah itu fitnah? Ya fitnah yang pada awalnya bermula daripada sangka buruk dan banyak lagi implikasi buruk yang akan muncul.

Sangka buruk menunjukkan hati dan pemikiran



Sangka buruk menunjukkan hati dan pemikiran seseorang itu bermasalah,  dan semua yang akan dilaluinya dalam kehidupan ini akan menjadi susah kesan daripada sangkaannya sendiri.
Ayuh mari senangkan hidup ini dengan sangkaan

jangan pertahankannya

manusia itu menjalani kehidupan ini penuh dengan kesalahan dan kesilapan, menempuhi ranjau kehidupan dengan penuh kesalahan, berjalan dan terus berjalan mengikut liku – liku yang ada di hadapannya tanpa memperdulikan kesan – kesan calar kesalahan yang melukakan si pengembara.

Perjalanan hidup memerlukan mereka yang menegur

Kehidupan manusia tidak pernah sempurna walaupun pada zahirnya sempurna, oleh sebab itulah manusia memerlukan teguran untuk menuju ke kehidupan yang lebih sempurna, mengapa hal sedemikian? Kerana jika tidak ditegur, manusia akan terus berada dalam ketidak-sempurnaan dalam menjadi kehidupan ini, manusia merasakan apa yang dilakukan selama ini betul belaka.

Jangan pertahankannya

Apabila kita melakukan kesilapan, pasti akan ada yang menegurnya sama ada secara hikmah atau pun tidak, maka terimalah ia sebagai panduan dan nasihat, jangan sesekali kita mempertahankannya dalam masa yang sama kita menyedari sememangnya itu kesalahan kita. Sesungguhnya ianya hanya menunjukkan kebodohan kita

Hanya ego menyebabkan manusia tidak mahu menerima kesalahannya itu.

Hanya kerana takut dipandang rendah oleh orang lain menyebabkan seseorang itu menolak terus teguran yang diterimanya, hanya sebab merasa hina apabila diberi teguran menyebabkan seseorang it uterus berada dalam kesalahannya. Mengapakah terjadi hal sedemikian? Hanya satu sahaja jawapannya iaitu ego.

Tarik egomu keluar daripada hati kamu

Jangan biarkan diri kita terus berada dalam kesalahan atau kesilapan dengan menolak semua teguran yang diterima, ya saya mengakuinya, memang sukar hendak mengakui kesalahan diri sedangkan ianya jelas dan sudah terbukti salahnya adalah kita, tetapi sedarkah kita? Yang membuatkan diri kita sebegitu adalah ego.



Buangkan ego nescaya kamu menjadi lebih sempurna

Keinginan manusia itu tidak pernah cukup

Setiap manusia mempunyai keinginan yang tersendiri, punyai visi dan misi yang berlainan, setiap manusia berharap agar apa yang dicitakannya dapat diperolehi, dan mempunyai matlamat yang berlainan setiap daripada apa yang diusahakannya itu serta berkorban dan mengerahkan segala tenaga dan keupayaan demi mencapai hasratnya.

Setelah mereka mendapatkan apa yang mereka inginkan,

Kebanyakan mereka lupa mensyukurinya setelah mendapatkannya, dan lebih teruk lagi, merasa tidak setimpal akan ganjaran yang telah dikurniakan dengan usahanya yang selama ini telah mereka curahkan. Perasaan apakah ini? Menunjukkan manusia itu tidak pernah merasa puas dan bersyukur dengan apa yang telah dianugerahkan.

Kadang – kadang kita terlupa siapa yang mengaturnya

Kadang kala kita tidak dapat apa yang kita inginkan, lantas timbul rasa kekecewaan. Tanyalah pada dirimu,  Siapakah yang mengaturkannya? Dia adalah tuhan seluruh alam, raja segala raja Dia adalah tuhan kita yakni Allah. Dia yang memegang setiap rahsia hikmah dalam aturan-Nya. Mengapa ada juga manusia yang lupa mengenainya?

Manusia itu tiada yang memuaskannya

Manusia jika diberi satu gunung emas, nescaya dia akan inginkan gunung emas yang kedua, dan jika diberi dua gunung nescaya dia inginkan yang ketiga, dan ianya akan berterusan. Sampai bila? Sampai tanah memenuhi perutnya yakni mati. Inginkah kita menjadi sebahagian daripada golongan seperti itu?

Salah  satu jalan penyelesaian

Dengan sifat qanaah sahaja yang dapat mencukupkan keinginan manusia, sifat yang diajar oleh nabi kita (S.A.W) kepada kita, hanya itu sahaja ubatnya kerana jika diturutkan semua keinginan manusia, tidak akan pernah cukup, dan pada masa yang sama, melahirkan rasa tamak dalam diri. Bukankah itu merugikan?

Melatih diri dengan sifat qanaah



Qanaah adalah satu sifat yakni merasa cukup dengan apa yang ada dan bersyukur atas apa yang dikurniakan. Memang sukar untuk melatih diri dengan bersifat qanaah namun bukan bermakna ianya mustahil. Latihlah sifat tersebut, kerana dengan sedemikian, kita akan merasakan segala keinginan kita telah dipenuhi.

Thursday 22 December 2011

Surat cinta daripada LIFE

Program Love Islam For Eternally (LIFE) yang dilancarkan sebentar tadi sedikit sebanyak mengubah pandangan saya terhadap cinta selama ini. Program ini berjalan selama dua jam, dalam masa yang terhad itu, banyak perkara yang dikongsikan,

 Kebanyakan manusia memahami bahawa cinta itu adalah barah dalam kerosakan akhlak pada hari ini, itulah pemikiran yang mesti dikikis. Lihat bagaimana manusia sekarang yang memahami cinta melalui television, novel, media massa dan lain –lain lagi. Tetapi tidak cuba memahami cinta itu daripada seorang utusan daripada Allah, iaitu nabi (S.A.W).

Cinta itu juga penguat

Bagaimana nabi (S.A.W) dan sahabat – sahabatnya boleh mengharungi segala ujian, cabaran, halangan dan pelbagai mehnah yang melanda ketika zaman permulaan islam dahulu. Apakah  yang menjadi rahsia mereka? Hanya satu jawapan yang boleh diberi iaitu cinta. Ya, cinta itu penguat jika disandarkan kepada yang Punya kekuatan yakni Allah.

Cinta kepada Nabi (S.A.W) melebihi diri sendiri menjadi penanda kesempurnaan iman

Nabi (S.A.W) diutuskan sebagai tanda kasih sayang Allah kepada hamba – hamba-Nya. Cinta kepada nabi (S.A.W) bermakna cinta kepada Allah. Cinta nabi kepada umatnya amatlah tinggi dan suci, cintanya membahagiakan kita semua, cinta kepada umatnya melebihi diri baginda sendiri, cintanya menembusi dunia dan akhirat dan cintanya membawa kita ke syurga Ilahi. Jadi mengapa kita tidak berusaha membalas cintanya?

Kebebanan terasa ringan kerana cinta

Lahirkan cinta dalam pengabdian diri kita kepada Allah, kerana dengan itu menjadi kekuatan bagi mereka yang mempunyai cinta akan Allah dan juga Nabi-Nya. Semakin kuat diuji, semakin besar musibah menimpa, semakin hebat cabaran yang diterima, ternyata hanya menambahkan lagi kecintaan  kepada Rabb dan juga nabi-Nya.

Cinta kepada Allah mencambahkan cinta yang lain

Kenapa sedemikian? Kerana semua yang ada pada kita ini adalah datang daripada Allah juga. Ibubapa, ahli keluarga, jiran, sahabat handai, harta, bukankah semua itu datang daripada Allah juga? Dan ianya menjadi bukti bahawa cinta kita kepada benda lain mesti didasari dengan cinta kepada Ilahi.



Ayuh, mari sebarkan cinta.

Jangan pernah puas hati dengan ibadat

Pernahkah anda merasakan seperti itu? Berasa puas dengan ibadat yang dilakukan, merasa cukup apa yang telah diperlakukan? Mintalah agar dijauhkan perasaan sedemikian, kerana menunjukkan apa yang kita kerjakan dan ibadat yang telah kita lakukan ternyata tidak mendidik jiwa kita.

Kadang – kadang perasaan itu muncul juga

Perasaan cukup dengan apa yang telah dikerjakan ternyata merosakkan diri seseorang itu. Tidak terfikirkah bahawa setiap apa yang kita lakukan tidak sempurna mesti ada kesilapannya, tetapi kenapa? Kenapa tetap merasa sempurna. Kadang- kadang perasaan itu muncul juga, maka memintalah kepada Allah agar dihilangkan perasaan sedemikian.

|Perasaan itu menjadi bukti amalan kita tidak sempurna

Siapakah yang boleh menipu dirinya sendiri? merasa sudah cukup apa yang telah dilakukan, merasakan bahawa amalan yang dilakukan amat sempurna dan tiada langsung cacat celanya. Siapakah yang berani menyatakan sedemikian rupa? Mereka adalah orang yang merasa puas dengan amalan mereka.

Kita sebenarnya hanyalah hamba

Siapakah yang lebih sempurna melainkan Dia? Aturan siapakah yang lebih sempurna melainkan aturan – Nya? Dan siapakah yang berani mencabar kesempurnaan-Nya? Sesungguhnya kita hanyalah hamba yang kerdil dan dhaif di sisi-Nya, tiada yang sempurna pada diri seorang hamba. Perasaan sebegitu perlu dididik dalam jiwa setiap manusia.

Ibadat yang dilakukan adalah untuk dipersembahkan kepada Allah,

Sesungguh iblis membisikkan rasa kepuasan dalam setiap ibadat yang kita lakukan. Jangan tertipu wahai hati, kerana apa yang dibisikkannya hanyalah tipuan semata – mata. Sentiasa berterusan dalam melakukan dan memperbaiki apa yang kita kerja selama ini dalam perkara kebaikan.



Berpuas hati? 

Berusaha dan terus berusaha

Senang untuk bercakap berkenaan dengan usaha, tetapi ternyata amat sukar untuk melakukannya. Ya, saya sedang merasainya, mudahnya kita apabila bercakap tentang itu ini, tetapi belum tentu kita dapat melakukan apa yang kita perkatakan. Berapi – api kita menyeru orang kepada kebaikan tetapi pada masa yang sama kita melakukan apa yang terlarang.

Semua manusia tidak terlepas melakukan kesalahan

Siapakah yang berani menyatakan bahawa dia tidak pernah melakukan kesalahan? Hanya Allah dan rasul-Nya yang ma’sum tidak melakukan kesilapan. Tetapi dalam kalangan manusia biasa mesti pernah melakukan kesilapan sengaja ataupun tidak. Tetapi sedarkah kita, kita diseru berusaha untuk membaiki kesilapan yang telah dilakukan.

 Siapakah ingin yang menyambut seruan itu?

Mereka adalah hamba yang sebenar – sebenarnya. Dalam diri mereka sentiasa mendambakan kebaikan dan berterusan dalam berusaha membaiki diri dan juga orang – orang disekeliling.   Mereka adalah yang inginkan kebaikan di dunia dan akhirat, yakni orang yang mempunyai iman bahawa setiap apa yang diusahakan akan dibalas dengan setimpalnya.

Istiqomah dalam berusaha

Manusia ini tiada yang sempurna, tetapi janganlah kita menjadinya sebagai alasan untuk tidak meneruskan usaha kita di atas muka bumi ini untuk menjadi manusia yang sempurna. Jangan kita menjadi sebahagian daripada golongan yang pernah berputus asa, walau apapun kita hadapi, jadikannya dorongan daripada tuhan kepada hambanya yang dambakan kasih sayang daripada-Nya.

Susah bukan petanda mustahil

Berdoalah kepada – Nya meminta kekuatan untuk melakukan dan berterusan dalam berusaha, kerana kekuatan itu milik-Nya, jiwa kita milik-Nya, jasmani kita milik-Nya dan ganjaran yang dikurniakan adalah milik-Nya. Maka minta kepada Yang punyai segala-segalanya, yakni Allah.



Doa + usaha + tawakal = ?
Anda boleh menjawabnya

Ternyata masih ada takabbur

Takabbur adalah perasaan megah dan merasa hebat jika dibanding dengan orang lain. Memandang rendah kepada keupayaan orang lain serta memandang lekeh usaha yang telah dilakukan oleh orang lain. Ada juga yang takabbur tidak mahu mendengar nasihat orang lain dan merasakan semua buah fikirannya adalah betul belaka.

Takabbur adalah perangai iblis

Seperti yang diketahui umum, iblis diperintahkan untuk tunduk kepada nabi Adam a.s, tetapi enggan untuk melakukan sedemikian rupa kerana merasakan dirinya lebih baik daripada Adam a.s. iblis mengatakan dirinya lebih baik kerana dirinya dicipta daripada api sedangkan nabi adam daripada tanah, sedangkan yang menyuruh iblis itu adalah Allah. Maka iblis dilaknat sehingga hari kiamat. Kenapa terjadi sedemikian rupa? 

Kerana takabbur.

Memandang diri yang masih ada sifat takabbur

Kadang kala kita beranggapan bahawa diri ini tidak takabbur, kita merasa selamat daripada sifat – sifat seperti itu, tetapi benarkah sedemikian? Cuba anda tenungkan sebentar, saya bagi contoh yang mudah, seperti ketika mana kita hendak makan, adakah kita berdoa untuk makan? Ataupun mengucapkan Alhamdulillah setelah selesai makan? Yakinkah anda bahawa yang mengeyangkan kita adalah Allah bukan makanan itu sendiri?

Satu lagi contoh adalah ketika mana kita sedang berjalan, tetapi cuba mengelakkan diri daripada bertemu dengan seseorang kerana kita tidak menyukainya. Kalau bertemu pun, buat – buat tidak nampak, kalau saling berpandangan pun, bermasam muka, kalau terpaksa bercakap dengan orang tersebut, sanggup menggunakan orang ketiga untuk berhubung dengan orang tersebut. Bukankah itu takabbur?

Muliakan dirimu dengan mengikis sifat takabbur

Orang yang takabbur merasakan dirinya hebat, tetapi hakikatnya takabbur itu menghilangkan kehebatan pada dirinya sendiri. Jangan kita bersifat takabbur kerana ianya boleh merosakkan diri daripada dalam diri itu sendiri. Balasan takabbur bukan sahaja terhad di dunia tetapi ianya menembusi hingga hari akhirat.



Jangan takabbur, sesungguhnya sifat itu adalah milik-Nya

Sahabat yang sebenarnya

Manusia tidak biasa untuk hidup berseorangan, menjalankan khalifah berseorangan, memakmurkan muka bumi dengan seorang diri, memerlukan sesuatu yang sentiasa membantu daripada belakang sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Jangan sesekali kita merasakan bahawa tanpa orang lain kita boleh menjalankannya dengan baik, bahkan hanya menyebabkan kerosakan semata – mata.

Siapakah yang kita perlukan?

Siapa yang memerlukan dan diperlukan? Jawapannya hanyalah sahabat. Ya kita memerlukan sahabat untuk membantu kita dalam menempuh liku – liku sebagai seorang manusia. Sahabat bersama kita,di saat mana kita susah dan senang,di saat mana kita lemah dan kuat, menjadi tempat berkongsi suka dan duka.

Apakah ciri sahabat yang dicari?

Sahabat yang baik bagi saya adalah sahabat yang mengingatkan saya kepada Allah ketika mana saya lalai dalam mengingati-Nya. Sahabat juga sentiasa memberi nasihat dan teguran secara berhikmah kepada ketika saya melakukan kesilapan, membantu saat saya memerlukan pertolongan manusia.

Berusaha menjadi sahabat kepada orang lain

Apakah anda suka jika ada orang yang menghargai anda? Sukakah anda jika ada yang membantu anda ketika mana anda memerlukannya? Adakah anda suka jika ada orang yang  bercita – cita untuk membawa anda ke syurga? Ya, semestinya ya, begitu juga orang lain bukan kita seorang sahaja yang merasakan sedemikian. Maka berusahalah menjadi sahabat kepada orang lain.

Jangan mengharapkan balasan

Ya jangan mengharapkan balasan daripada manusia, kerana ianya mengikis sifat sahabat yang ingin kita bina dalam diri kita, dan ianya juga boleh memesongkan keikhlasan dalam hati kita. Berharaplah kepada Allah, anda tidak akan pernah kecewa dengan pulangan yang akan diberikan-Nya pada kemudian hari.



Bersahabatlah kerana ianya salah satu jalan ke syurga

Si peminta sedekah

Setiap hari saya akan ke kuliyyah di university tempat saya menimba ilmu, setiap kali jugalah saya berjalan di jalan yang sama, permandangan yang sama, melihat pelbagai ragam manusia, ada yang sedang memimpin anaknya untuk ke sekolah, ada yang membersihkan kawasan rumah, ada yang sedang membuka kedai, dan ada peminta sedekah

Saya berasa amat simpati dengan peminta sedekah di mana sahaja saya berjumpa, setiap kali saya bertemu dengan mereka, saya membayangkan jikalau mereka itu ibubapa saya, sungguh tersentuh melihat mereka yang duduk di tepi jalan sambil kepalanya menunduk ke tanah, tangannya menadah meminta simpati orang.

Mereka mengajarku erti rendah diri

Ya, mereka sangat rendah diri,apa yang anda bayangkan apabila diri kita sendiri melalui perjalanan seperti mereka? Duduk bersendirian di tepi jalan, memakai pakaian yang compang – camping dan koyak rabak, dalam keadaan yang sangat lemah tubuh badan. Adakah kita akan bersabar dengan keadaan itu?

 kadang kala orang yang melalui jalan tersebut, buat – buat tidak nampak dengan mereka, apakah perasaan anda jika anda diperlakukan hal sedemikian? Adakah mereka marah? Tidak sama sekali. mereka meminta simpati orang lain dengan rasa rendah diri.

Mereka mengajarku erti syukur

Ya, selepas saya berikan sedikit wang, mereka mengucapkan terima kasih, dan wajahnya tersenyum gembira, serta berdoa untuk kebaikan saya, meskipun yang saya berikan amat sedikit iaitu 5sen. terpacar daripada wajah mereka kesyukuran, membuatkan saya hairan mengapa mereka gembira dengan 5 sen yang saya berikan. Adakah kita akan bersyukur biar pun ganjaran yang kita dapat adalah sedikit?

Cuba bayangkan

Cuba bayangkan kita hidup seperti mereka, adakah kita mampu bersabar? Cuba kita bayangkan, kita berdoa tetapi tidak dimakbulkan,adakah kita akan merendah diri? Cuba kita semua bayangkan kita yang hidup penuh dengan keselesaan, adakah kita bersyukur?



 Bandingkan hidup mereka dengan kita

Wednesday 21 December 2011

Pemaaf itu lebih bahagia

Manusia mempunyai pelbagai sifat, sama ada berkenaan dengan hati ataupun perasaan, kedua – dua mempunyai pelengkap kepada sifat manusia itu sendiri. Kadangkala manusia itu boleh menjadi marah, sehingga merah mukanya, tetapi kadangkala juga ianya boleh menjadi pemaaf, tanda – tanda marah pada mukanya telah hilang.

Sifat manusia itu berubah – ubah mengikut keadaan, jika sesuatu yang menyeronokkan berlaku, ianya akan gembira dengannya, tetapi jika perkara yang tidak disukainya berlaku, dia akan kecewa dan marah, dan kadangkala marahnya berkekalan sehingga akhir hayatnya.

Pemaaf itu lebih baik

Apa yang saya ingin tekankan disini adalah pemaaf itu lebih baik daripada terus menerus memarahi seseorang. Kerana kita sendiri sebagai manusia dapat merasai atau membezakan kedua – dua sifat tersebut, yang mana membawa kebaikan atau yang mana membawa bencana yang lebih besar.

Tetapi mengapa kebanyakan manusia memilih untuk menjadi pemarah

Jawapannya manusia senang untuk marah dan sukar untuk memaafkan orang lain. Ya, saya sendiri pernah melaluinya, senang sangat untuk sampai ke kemuncak kemarahan, hati ini terlalu sensitif sehingga benda kecil pun boleh mencetuskan api kemarahan. Hatta saya seperti sudah menjadi pendendam, sehingga saya terfikir kenapa jadi hal sedemikian?

Masa itu bermacam – macam idea – idea atau perancangan untuk membalas dendam demi mencari kepuasan hati, sehingga saya pernah membayangkan untuk mengambil pisau dan terus sahaja menikam orang tersebut, tetapi Alhamdulillah, saya masih lagi waras dan dapat mengawalnya. Adakah pemarah itu membahagiakan?

Hakikatnya pemaaf itu lebih membahagiakan

Dan akhirnya, baru saya tahu kenapa menahan kemarahan, dan memaafkan orang lain itu dinukilkan dalam al – quran, kerana sangat sukar untuk saya melakukannya apabila saya sendiri melaluinya, memang kadangkala marah itu tidak lagi boleh dibendung kerana memang sukar. Tetapi saya cuba untuk memaafkan orang lain, walaupun hati terluka, jiwa tercalar, ternyata ianya membahagiakan.



Ya sangat membahagiakan, tidak percaya? Cubalah

Itu juga adalah sedekah.

Apabila kita menyebut berkenaan dengan sedekah, apa yang kita bayangkan? Memberi bantuan kewangan kepada fakir miskin? Ataupun apa – apa sahaja yang berkenaan dengan memberi duit bantuan. Ramai daripada kita yang beranggapan seperti berikut, kenapa? Sedangkan konsep sedekah itu amat luas.

Tahukah kamu bahawa menjaga lidah daripada menyakiti sahabat adalah juga sedekah.

Berkata – kata ataupun bertutur perkataan demi perkataan begitu mudah bagi kita bukan? Tetapi islam telah mengariskan bahawa kita mestilah menjaga pertuturan dan perkataan yang kita gunakan dalam kita bermuamalah dengan sahabat – sahabt yang lain. Dan ianya akan menjadi sedekah sekiranya kita menjaga lidah kita daripada menyakiti hati orang lain.

Perkara yang amat ringkas untuk kita mendapat pahala sedekah iaitu berhati – hati dalam pertuturan kita, dengan lidah kita ini juga sumber pahala kita, tetapi pada masa yang sama juga ianya boleh menjadi punca dosa kita bertambah dengan mudah tanpa kita sedari.

Kadang – kadang lidah itu melambangkan hati.

Jika apa yang kita fikirkan, apa yang kita gambarkan, jika apa yang ada tersirat dalam hati kita, semuanya akan dapat dibaca ataupun dikesan melalui pertuturan kita kerana lidah akan menuturkan apa yang kita fikirkan. Jadi untuk membentuk lidah yang cantik dan pertuturan yang indah adalah dengan mendidik pemikiran dan juga hati.

Antara sebab ramainya manusia masuk neraka.

Pertuturan yang kotor, kotor dengan perkataan – perkataan kesat, ataupun buruk, memang mudah kita dapati pada hari ini. Bahkan lebih teruk, ada manusia mulutnya penuh dengan fitnah, mengumpat, cacian, makian dan pelbagai lagi. Yang jelasnya semua perbuatan itu salah di sisi islam.

Menjadikannya salah satu jalan ke syurga

Ya, serulah manusia ke jalan Allah dengan lidah yang telah dikurniakan kepada kamu, mudah – mudahan dapat membantu kamu melepasi halangan, cubaan dan dugaan untuk kamu capai syurga-Nya. Kalau tidak boleh juga, tahanlah lidahmu daripada menyakiti hati sahabat kamu sendiri, itulah adalah lebih baik bagi kamu.



Sesungguhnya didiklah lidahmu untuk menuturkan perkara yang baik – baik.

Friday 16 December 2011

Ikuti kesalahan dengan kebaikan

Dalam kehidupan ini, kita sebagai insan yang lemah tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan sama ada sengaja ataupun tidak. Pelbagai ragam dan kesalahan  manusia yang akan kita temui dalam menjalani kehidupan ini sebagai hamba-Nya. Kehidupan kita ini  sebenarnya penuh dengan halangan sehingga kadangkala kita terjatuh dalam kesalahan – kesalahan sebagai seorang manusia.

Ikuti kesalahan dengan kebaikan.

Inilah ubatnya bagi mereka yang melakukan kesalahan, berbuat kebaikan selepas melakukan kesilapan atau kesalahan kerana dengan itu mudah – mudahan dapat memadamkan kesalahan yang telah dilakukan. Mustahil untuk kita kembali ke zaman silam untuk memperbetulkan apa yang salah, jadi solusinya kita ikuti kesalahan itu dengan kebaikan.

Menghilangkan rasa kekecewaan

Ya , kadangkala setelah kita melakukan kesilapan atau kesalahan, kita berasa amat menyesal dan kecewa dengan perlakuan kita sendiri sehingga kita rasa tidak ada peluang untuk kita kembali ke pangkal jalan. 

Hilangkan kekecewaan itu dan mulakanlah kehidupan yang baru ini dengan melakukan kebaikan.
Jangan kita berasa lemas dalam kekecewaan dan penyesalan sehingga kita tidak bergerak melakukan  perubahan ke arah kebaikan. Berdoalah kepada yang Esa supaya diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Sedarlah kamu bahawa syaitan sentiasa membisikkan kepada kamu supaya terus dalam keputus – asaan.

Mulakan dengan kebaikan

Buatlah kebaikan, jangan kita terus melakukan kesalahan demi kesalahan, kesilapan demi kesilapan sehingga naluri kita sebagai seorang hamba yang ingin kebaikan lupus serta hilang dalam kamus hidup kita. Sentiasa berusaha sehingga nafas yang terakhir, jangan dibimbangi pulangan yang akan kita terima di dunia, tetapi sekurang – kurangnya kita telah berusaha untuk mengubahnya, dan menjadi jawapan pada Akhirat kelak.



Naluri kita sebenarnya inginkan kebaikan, wahai sekalian manusia

Berdoa mewujudkan rasa kehambaan

 Tahukah kamu bahawa Jarak antara kita dengan tuhan hanyalah berdoa sahaja, tanpa memerlukan perantaraan, bukankah itu menunjukkan kasih sayang-Nya kepada kita sebagai hamba-Nya. Kasih sayang-Nya kepada hamba - hamba-Nya melebihi kasih sayang seorang ibu kepada seorang anak.

Kita yang angkuh

Kebanyakan manusia menyangka bahawa mereka boleh memiliki apa yang mereka mahukan tanpa pertolongan sesiapa sahaja. Meletakkan sesuatu ke atas kemampuan kita sendiri tanpa meminta pertolongan daripada-Nya. Berasa hebat dengan apa yang dikecapi membuatkan manusia itu terus lupa dengan kasih – sayang-Nya.

Kadang – kadang kita lupa berdoa.

Manusia itu pelupa? Ya benar. Lupa apa yang telah diberikan sehingga menganggap sesuatu itu kepunyaan mutlak miliknya . lupa dengan nikmat yang diberikan, kadang – kadang sehingga terus lupa dengan pencipta kerana tenggelam dalam lautan kemewahan. Dan lupa yang paling teruk sekali adalah lupa bahawa kita adalah hamba.

Kehidupanmu adalah ibadah

Semua hidup kita mestilah dikaitkan dengan Allah mudah – mudahan seluruh kehidupan kita diangkat sebagai satu ibadah. Seluruh perlakuan, perbuatan, percakapan dan lintasan hati akan menjadi sumber pahala kepada kita apabila mengaitkannya dengan pencipta. Bukankah itu salah satu daripada nikmat kasih sayang-Nya.

Mewujudkan rasa kehambaan dengan berdoa

Berdoa adalah salah satu cara kita berhubung dengan tuhan, apabila kita memohon sesuatu daripada-Nya, kita merasakan diri  kita ini sangat kerdil di sisi-Nya, merasa hina di pandangan-Nya, pengharapan kita hanya pada-Nya, dan seterusnya mewujudkan rasa bertuhan dalam diri kita sendiri.



Mintalah kepada-Nya yang Maha berkasih sayang

Wednesday 14 December 2011

Semakin tinggi ilmu, semakin jauh dengan Pencipta

Setiap ilmu itu datang daripada Allah, segala pengetahuan adalah hak milik Allah, segala rahsia tidak ada yang terselindung pada pandangannya. Jadi apabila kita menuntut ilmu kita akan mengenali Allah melalui sifat – sifat kesempurnanya lantas melalui situ juga bertambahnya iman kita.

 Tetapi kenapa ada sahaja manusia yang tinggi ilmunya tetapi semakin jauh dengan pencipta?

Apakah yang menyebabkan seseorang yang tinggi ilmunya tetapi semakin jauh dengan Tuhan. Melalui pemerhatian saya, sebab yang mendorong terjadinya perkara sebegini adalah apabila seseorang yang menuntut ilmu itu bukan untuk mencari keredhaan Allah tetapi untuk kepentingannya sendiri.
Inilah punca utama mendorong seseorang itu semakin jauh dengan Allah apabila niatnya untuk menuntut ilmu bukan untuk mencari keredhaan-Nya. Keazaman dalam menuntut ilmu adalah untuk dipersembahkan kepada 
Allah bukan selain-Nya.

Antara sebabnya juga adalah kerana manusia itu bongkak dan angkuh ketika mana sudah digelar ulama ataupun sudah mahir dalam sesuatu ilmu. Ini membuktikan mereka tidak mengaitkan ilmu yang mereka terima itu dengan kehebatan Allah. Mereka lupa untuk bersyukur ketika mana mereka dikurniakan nikmat mahir dalam sesuatu bidang itu.

Ilmu dianggap remeh

Bagaimana ingin dapatkan keberkatan dengan ilmu yang kita dapat, tetapi tidak mengamalkannya. Malah tidak memberi kesan langsung kepada diri tentang ilmu yang baru diterima. Jangan kita hanya menuntut ilmu tetapi tidak mengamalkannya kerana itu hanya merosakkan kita daripada dalam diri kita sendiri.

Menjauhi maksiat ketika menuntut ilmu

Belajar itu satu jihad yang amat besar di sisi islam. Jadi bagaimana boleh bercantum dalam satu – satu masa antara jihad dengan maksiat. Sedangkan jihad itu membawa kita bergerak menuju Ilahi, sedangkan maksiat itu hanya menjauhkan diri serta mengundang kemurkaan-Nya. Ilmu itu diibaratkan sebagai cahaya dan tidak akan masuk ke dalam hati yang penuh kegelapan maksiat.



Jadi tuntutlah ilmu hingga wujud rasa kehambaan dalam diri

orang bijak

Apakah yang anda terbayangkan apabila disebut berkaitan dengan orang bijak? Peringkat pengajiannya yang tinggi? Mendapat anugerah dekan dalam pengajian? Menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi seperti master dan PhD, dan lain – lain. Ya itulah yang difikirkan dalam kebanyakan orang apabila menyembut berkenaan orang bijak.

Tapi tahukah anda erti orang bijak di sisi Nabi (s.a.w)

Orang melihat keaiban diri dan bersiap sedia melakukan persediaan untuk menghadapi kematian. Itulah orang yang bijak yang digambarkan oleh Nabi (s.a.w) yang dinukilkan dalam sebuah hadis baginda. Cuba anda sebagai umatnya meneliti apa yang di sebutkan oleh baginda dalam hadis tersebut.

Cuba renungkan sebentar

Erti orang bijak yang digambarkan oleh nabi (s.a.w) agak berbeza dengan erti orang bijak yang kita fahami hari ini. Mereka yang dari segi luarannya kelihatan bijak, tidak semestinya bijak pada dalamnya. Bagaimana kita hari ini memahami erti orang bijak hanya di dunia tanpa memandangnya menembusi akhirat.  Apakah kita tidak memandangnya?

Ertinya di sisi Nabi (s.a.w)

Apa yang dimaksudkan oleh nabi berkenaan orang bijak adalah menembusi dunia dan akhirat. Ya cuba kita lihat, apa yang dikatakan oleh nabi (s.a.w), orang bijak yakni orang yang melihat keaibannya sendiri . Bukankah itu ciri orang yang berjaya di dunia? kerana dengan melihat keaiban diri ini, seseorang itu akan melihat dirinya amat kerdil disisi Allah serta melahirkan rasa kehambaan dalam diri seseorang itu.

Bersedia untuk menghadapi kematian. inilah adalah orang yang berjaya di akhirat . kematian itu menjemput kita pada bila – bila masa sahaja, dengan melakukan persediaanlah kita berani menghadapinya. Lihatlah bagaimana erti orang yang dimaksudkan dalam hadis yang menjadi panduan bagi manusia yang beriman.



Tidak salah kalau hendak Berjaya seperti kebanyakan manusia fahami, tetapi jangan kita lupa dengan hadis ini ketika mana kita telah hebat di mata manusia. Manusia yang melihat keaibannya sendiri dan bersedia untuk kematian. 

usaha dan tawakal

sudah menjadi peraturan dalam kehidupan ini, apabila kita inginkan sesuatu kita mesti berusaha untuk mendapatkannya. Tanpa usaha, kita hanya boleh berangan – angan untuk mencapainya. Ya sekadar angan - angan yang tidak mungkin menjadi realiti. Usaha yang dilakukan pula mestilah mempunyai misi dan matlamat serta strategi yang baik bagi mencapai sesuatu.

Tetapi adakah anda sedar bahawa ada satu lagi usaha yang selalu orang tinggalkan?


Apakah itu? Iaitu tawakal, ramai orang berusaha bersungguh – sungguh mengejar apa yang diidamkan tetapi lupa akan tawakal, kerana kebanyakan manusia menganggap usahanya sendiri sudah cukup untuk dia mencapai sesuatu. Mereka menyandarkan kemampuan mereka sendiri tanpa mengharapkan kejayaan itu daripada Allah.

Kadang – kadang kita lupa.


Manusia itu pelupa? Ya benar sekali. Sebab itu kita lihat ramai di kalangan manusia angkuh dengan Allah setelah Berjaya mencapai kejayaan yang di kehendakinya. Lupa kepada pencipta yang memberikannya kepada manusia. Tidak langsung menunjukkan rasa syukurnya bahkan menafikan itu semua daripada tuhan.


Jangan putus asa wahai manusia


Sesungguhnya rahmat dan rahsia yang tersimpan dan hikmah dalam setiap aturannya adalah dalam pengetahuannya sendiri. Tidak akan sesekali yang diaturkan-Nya itu menzalimi hamba – hamba-Nya melainkan hamba- Nya itu menzalimi diri mereka sendiri. Ketahuilah wahai insan, sesungguh rahmat-Nya amat luas, jangan sesekali kamu menyempitkannya.


Bertawakal kepada Allah


Bertawakallah selepas kita sudah berusaha dengan sepenuh jiwa kita. Kerana dengan itu, kita akan akan dapat mengetahui keajaiban tawakal yang Allah kurniakan selepas semua pengharapan kita diletakkan hanya pada Allah.



Jadi bulatkan hati untuk terus bertawakal kepadanya

medan jihad tidak pernah hilang

Sebagai seorang islam mesti bersungguh dalam jihad kita yang mereka tempuhi, jangan sesekali timbul rasa putus asa atau merasa lemah dengan cabaran yang datang menduga. Sesungguhnya  apabila kita tempuhinya dengan ketabahan dan kecekalan hati, maka kita akan menjadi lebih kuat dan secara tidak langsung mematangkan pemikiran kita.

Apabila kita kita mengakui islam itu adalah agama yang kita anuti, secara tidak langsung kita telah mengisytiharkan jihad untuk menempuhi hidup ini sebagai seorang islam. Memang saya akui bukan mudah untuk menempuh jihad ini, tetapi percayalah bahawa Allah tidak pernah meninggalkan hambanya yang bersungguh dalam jihad mereka.

Jalan jihad tidak pernah hilang

Ya, memang jalan jihad itu tidak sesekali hilang dalam kehidupan kita, setelah selesai menempuhi jihad ini, datang pula jihad yang itu, bermacam – macam jihad yang kita akan tempuhi. Jihad ini tidak dapat digambarkan dengan kata – kata, tetapi hanya akan dapat dirasa apabila kita melaluinya sendiri. Sesiapa yang tidak pernah melaluinya tidak akan memahaminya.

Medan jihad itu berbeza – beza

Ada orang tugasnya menjadi pemimpin maka dia berjihad sevagai seorang pemimpin. Ada pula tugasnya belajar, maka jihadnya adalah belajar. Dan setiap medan jihad mesti mempunyai kesusahan, kesulitan, kepayahan yang tersendiri, maka berkorban apa yang termampu untuk kita menang dalam jihad ini, walaupun kadangkala kita terkorban dalam jihad yang kita tempuhi
Sungguh dalam jihad itu ada dua kebaikan

Apabila kita berjihad, jawapannya antara dua, sama ada menang ataupun terkorban. Dua kebaikan yang saya ingin tekankan di sini adalah, yang pertamanya kemenangan kita di sisi manusia dan jika kita terkorban pula, kita mendapat kemenangan di sisi tuhan. Bukankah kedua – dua itu kebaikan? Apakah kita memikirkannya?
Bilakah masanya jihad ini akan berakhir?



Kadang kala kita mengeluh, bilakah akan berakhirnya kesusahan dan keperitan ini? Medan jihad hanya berakhir dengan kematian. Itulah pengakhiran sebuah medan jihad.

kerana kita tidak melaluinya

ramai dalam kalangan manusia menganggap dirinya sempurna daripada orang lain, tidak langsung memandang kepada keaiban diri sendiri malahan hanya memandang kejelekan yang ada pada orang lain, sukar untuk dirinya menerima hakikat yang dia juga sama seperti orang lain mempunyai kekurangan dan juga kelebihan. jangan sesekali kita menghina seseorang dengan sesuka hati kita, kerana itu akan akan menyebabkan kita dihina kembali bahkan mungkin lebih teruk lagi.

kadang kita ini mudah menghukum seseorang dengan sekali pandangan sahaja, tanpa menelitinya terlebih dahulu, apa yang sebenarnya yang berlaku, apakah sebab atau faktor yang mendorongnya untuk bertindak sedemikian rupa? 

apabila kita melihat seseorang melakukan maksiat secara terang - terangan, seperti tidak menutup aurat, pergaulannya yang bebas, bercampur lelaki dan perempuan tanpa batasan. apakah tanggapan anda terhadap orang - orang sebegini? baik atau sebaliknya?

pertama sekali, jangan kita terus menghukum mereka sebagai "ahli neraka", atau dengan bahasa yang lebih mudah tidak secara melulu menuduh mereka ini tidak harapan untuk berubah. bersabarlah dalam berdakwah kepada mereka dengan menunjukkan contoh yang baik, memberi nasihat secara berhikmah, menerangkan kepadanya keburukan - keburukan yang akan berlaku jika maksiat itu dilakukan secara berterusan. mengapa kita mesti bersabar?

kerana kita tidak pernah melaluinya.

apa yang dimaksudkan dengan jawapan di atas? jawapan yang dimaksudkan adalah kerana kita tidak tahu  apa yang mereka lalui dalam hidup mereka sehingga mereka terjebak dalam maksiat tersebut. mungkin ada situasi yang mereka lalui, sehingga menyebabkan mereka susah untuk menerima sebarang teguran. mungkin mudah bagi kita untuk mengatakan sesuatu, tetapi susah bagi mereka menerimanya. 

kadang kala manusia itu hanya mengikut.

 ya mengikut, kadang - kadang kesilapan ibu bapa juga mendorong mereka untuk terjebak dalam maksiat kerana terikut - terikut dengan perlakuan ibu bapa mereka, tidak kurang juga rakan - rakan dan orang sekeliling mereka yang turut mempengaruhi. suasana ini tidak pernah kita lalui, oleh sebab itu kita mudah untuk menghukumi seseorang itu yang terlibat dengan hal - hal seperti ini.




Hakikatnya,  Kita tidak lalui perjalanan yang telah mereka tempuhi. jangan mudah menghukumi seseorang kerana kita tidak melalui perjalanan yang dilaluinya.

Wednesday 7 December 2011

tingginya harapan mereka

tingginya harapan mereka kepada kita. harapan yang menggunung, harapan yang sangat besar, sehingga kita kadang kala terbeban dengan harapan itu. siapakah mereka itu? mereka adalah ibu dan ayah kita, yang menjaga  kita daripada kita kecil lagi hingga ke hari ini, meskipun hidup berjauhan, tidak mengurangkan sedikit pun kasih sayang mereka terhadap kita.

sampainya saya ke tahap ini adalah dengan sokongan mereka, mereka menyokong saya daripada belakang, menolak saya agar terus ke hadapan, tidak pernah mengeluh untuk terus memberi motivasi meskipun kadang kala diri ini, lemah dalam langkahan sendiri. menjadi pendengar yang amat setia dengan masalah saya.

"berusahalah"

kata - kata yang cukup ringkas. tetapi dengan nada keibuan, mampu menggoncangkan jiwa anak yang mendengarnya. memberi kekuatan dikala anaknya lemas dengan ujian dan dugaan dunia. sedang diri ini menggalas harapan yang menggunung daripada mereka berdua.

kadang kala rasa bersalah itu muncul

kenapa hal sedemikian? kerana sebagai seorang anak, harapan ibu bapa itu mesti ada, muncul rasa bersalah ketika mana kita seakan tidak menghiraukan dan mengendahkan harapan mereka. mereka mengganggap kita sedang berusaha sedaya upaya. tetapi hakikatnya kita jauh sekali menjadi seperti mana yang diharapkan mereka.

sebagai contoh mudah, mereka menghantar kita untuk belajar, segala keperluan kita mereka penuhi, segala kekurangan mereka tampungi, segala masalah kita mereka selesaikan, segala kemewahan diberikan sehingga kadang kala berlebihan daripada seperlunya. tetapi pada masa yang sama kita tidak bersungguh dalam belajar, berchatting, berfacebook, tidak menghadiri kuliyyah, tidur berlebihan dan banyak lagi. Apakah tidak timbul rasa kekesalan dalam hati kamu, wahai anak?

kadang kala mereka kirimkan doa dengan linangan air mata supaya dapat melihat kita berjaya. tetapi sengaja kita mengagalkan diri dengan kekecewaan yang kita palitkan ke muka mereka. apakah tidak muncul secebis pun rasa bersalah dalam dirimu, wahai anak? inikah yang kita balas?

cinta mereka terhadap kita menembusi akhirat

jadi sambutlah harapan mereka dengan membalasnya dengan bunga kemenangan.

keseronokan yang tidak membahagiakan

ramai manusia menganggap semua keseronokan itu membahagiakan. jadi ramai manusia berlumba - lumba untuk mencapainya. kadangkala sanggup menggadaikan masa lapang, tenaga, fikiran untuk mencapai keseronokan. bagi mereka dengan mencapai keseronokan akan terpadamlah perit jerih, kesusahan ketika mereka berusaha untuk mencapainya.

tetapi tahukah saudara sekalian, ada perbezaan yang ketara antara keseronokan dan kebahagian.

saya ingin bawakan satu kisah diceritakan oleh ustazah saya. kisah ini adalah mengenai seorang jutawan, jutawan ini mempunyai aset harta yang sangat banyak, memiliki syarikat yang amat hebat, mempunyai duit yang berbilion, tetapi tahukah anda apa yang terjadi pada jutaan tersebut?

jutawan itu membunuh dirinya sendiri.

tahukah kita mengapa seorang jutawan yang amat hebat itu, memiliki segala - galanya yang diidam setiap manusia, dan akhirnya membunuh dirinya sendiri. jawapannya hanyalah satu,  dia telah mencapai semua yang diimpikannya, dia telah mendapat apa yang selama ini idamkan. kekayaan, harta, pangkat, dan pelbagai lagi telah dia kecapi. mengapa sedemikian?

kerana keseronokan itu tidak sama dengan kebahagiaan

segala impian yang dicapainya menyebabkan hatinya kering, jiwanya kosong, tidak terisi, itulah keseronokan. meskipun berjaya dalam kerjayanya, berjaya mencapai gelaran jutawan, tetapi jauh sekali pengakhirannya sebagai manusia yang berjaya atas muka bumi ini. tidakkah kita melihatnya dengan mata hati?

apabila setiap kejayaan yang kita capai, kita mestilah mengaitkannya dengan Allah. kerana itulah sumber kebahagiaan kita. yang kita cari atas muka bumi ini, bukanlah benda yang menyeronokan tetapi kita sebenarnya mencari kebahagian, sedang dalam masa yang sama pun, kita sedar bahawa keseronokan itu tidak berpanjangan tetapi hanya bertahan untuk seketika sahaja. apa yang kita cari hanyalah kebahagian yang hakiki, yang berkekalan sepanjang hayat kita bahkan membawa kita ke syurga-Nya



jadi carilah dalam hidupmu kebahagian, bukan keseronokan

Tuesday 6 December 2011

lihat orang pada kebaikannya

manusia itu ada baik dan buruknya, ada kelebihan dan kekurangannya, tetapi mengapa sering terjadi keburukan atau kekurangan itu dinyatakan atau dipandang sehingga tidak terlihat padanya tiada satu kebaikan meskipun sedikit, menutupi kebaikannya dengan kejahatannya, tidak ada kebaikan pada dirinya, membuatkan kita terus menerus memandangnya dengan pandangan yang hina.

saya ingin membawakan satu kisah yang berlaku dalam hidup saya, sehingga saya berasa ingin berkongsi di sini, saya mempunyai seorang kenalan yang sangat jahat pada pandangan saya suatu ketika dahulu, banyak perkara yang dilakukannya sehingga boleh dikatakan setiap perbuatannya membuat orang sekeliling. cara tingkah lakunya yang menyakitkan hati dan pelbagai lagi.

bukan itu sahaja pelbagai maksiat juga pernah dilakukannya, hisap rokok, minum arak, kadang kala hisap ganja dan berzina. kadang kala keluar dengan perempuan dan tidur bersama di hotel.. jika anda di tempat saya, apakah tanggapan anda terhadap kenalan saya ini. Baik atau sebaliknya? Apakah anda ingin terus berkawan dengannya?

Pada awalnya, saya ingin sahaja tinggalkannya, tidak mahu saya terjebak sekali dengannya, memutuskan sahaja persahabatan kami.

tetapi saya mengubah fikiran semenjak saya terbangun daripada tidur, sedang saya lihat dia sujud menyembah Ilahi, kaku saya melihatnya, apabila saya tanyakan satu perkara, lantas dalam hatinya jauh sekali ingin berubah,. satu perasaan yang kesal hadir dalam hati saya, sesuatu perkara yang amat menusuk kalbu, dia memerlukan seseorang untuk menariknya keluar daripada semua itu.



 syukur kepada Allah kerana memberikan teguran halus kepada saya. membuatkan saya terus memandang orang pada kebaikannya.

Monday 5 December 2011

kesibukan waktu yang mengajar

ramai manusia inginkan kelapangan dalam hidupnya. kadang kala ada segelintir daripada kita cuba untuk mencari masa untuk membuat perkara yang disukai. walaupun masa yang ada  tidak begitu mengizinkannya untuk berbuat sedemikian. meskipun kita senantiasa terhimpit dengan kesibukan waktu, jadual kelas atau kuliyah yang amat padat, dan pelbagai lagi.


 tetapi tahukah anda betapa ramai manusia dirosakkan oleh masa lapangnya sendiri? 

sebagai analogi yang mudah, semasa kita cuti, apa yang lakukan? bangun lewat subuh, tidur sampai tengah hari, makan, tidur lagi, malamnya pula, bermain permainan komputer. lihat bagaimana manusia itu membiarkan dirinya rosak dengan masa lapang yang dikurniakan kepadanya. tetapi apabila tiba hari bekerja atau sekolah, ramai pula yang merungut kesuntukan masa, masa tidak cukup, jadual yang padat dan banyak lagi alasannya.

ramai manusia berfikir apabila mempunyai banyak masa lapang, mereka akan mempunyai ruang untuk membuat pelbagai perkara. Ya betul, jikalau kita merancangnya untuk mengisi masa lapang kita dengan berfaedah sebagai contoh membuat jadual untuk hari cuti. bukan setakat itu sahaja, kita juga kena disiplin  untuk mematuhinya serta jujur dalam melaksanakannya


 manusia manakah yang tidak mahu hidupnya tenang dan masa yang lapang?

Ya, saya juga termasuk dalam golongan yang inginkan kelapangan masa, jadi apa yang saya ingin kongsikan di sini, kita mestilah mempunyai strategi dalam mengatur jalan kehidupan seharian kita. saya juga pernah lakukan perkara yang membuang masa, selepas itu saya tidak temui pula kelapangan yang dicari, jadi yang saya temui hanyalah buntu semata - mata.

kesibukan itu mengajar, kenapa sedemikian? kerana dengan kesibukan itu , kita akan menyibukan diri kita dengan kebaikan  dan perkara - perkara yang berfaedah. dengan kesibukan ini juga, kita akan menghargai masa yang terluang walaupun sedikit untuk digunakan. 



mari kita sibukkan diri dengan perkara kebaikan

kejayaan itu bukan milik kita

kita ini manusia yang telah diciptakan, sentiasa ingin akan kebaikan, sentiasa mahukan kebaikan, sentiasa dahagakan kejayaan dan segala macam manusia ingin capai dalam hidup ini. jadi manusia ini berlumba - lumba dalam mengejar kejayaan dengan pelbagai usaha melalui pelbagai jalan untuk  memperolehi sesuatu yang diidamkan.

Ada manusia yang menggunakan helah untuk cepat mencapai kejayaan, dan setelah itu menyatakan bahawa kejayaan itu diperolehi dengan hasil usahanya sendiri, ada juga manusia yang jujur dalam usahanya, tidak kiralah berjaya atau tidak, tetapi mereka tetap berusaha untuk mencapainya kerana mereka itu sedar bahawa kejayaan itu bukan milik mereka sebenarnya.

kejayaan itu adalah pemberian Allah

kenapa saya berkata sedemikian, kerana hak kita hanyalah berusaha dan bertawakal, dan menjadi hak Allah memberi kejayaan atau tidak, kerana itulah kita mesti meyakini bahawa Allah yang memberikan kejayaan, bukan hasil daripada usaha kita semata - mata, jadi kita mesti redha bahawa Allah berhak mengambil kembali kejayaan itu.

kadang - kadang manusia itu marah apabila apa yang ada padanya diambil kembali, apa yang telah diperolehi selama ini ditarik kembali, kerana apa? kerana manusia itu menganggap bahawa kejayaan itu adalah milik mereka. tidakkah kita memikirkannya?

semasa kita berhadapan dengan Allah pada hari kiamat. kita tidak akan ditanya mengenai kejayaan kita atas muka bumi ini, kerana kejayaan itu adalah pemberian Alah, tetapi kita akan ditanya mengenai usaha yang kita lakukan, kerana itu hak kita. Apakah kita tidak memikirkannya?



jadi marilah berusaha tanpa mengira pulangannya,sama ada kejayaan atau kegagalan

Friday 2 December 2011

Kenapa belajar itu susah?

Ramai manusia terutamanya daripada kalangan pelajar khususnya, tidak kira sedang menuntut di mana pun, sama ada di universiti, sekolah menengah, sekolah rendah hatta tadika sekalipun, merungut bahawa belajar itu susah. bukan sesuatu yang pelik bila dikatakan belajar itu susah kerana kita sendiri pernah menghadapi kesukaran itu.

kita dapat lihat betapa ramainya manusia yang gagal dalam pelajarannya, kita dapat lihat dalam  masyarakat kita hari ini, hanya segelintir sahaja yang berjaya dalam pelajaran mereka, sebahagian besar lagi ke mana? Di sini saya bukan hanya menyatakan belajar secara formal sahaja, tetapi merangkumi semua jenis pembelajaran, tetapi ramai yang tidak melepasinya. kenapa?

Rata - rata daripada mereka mengatakan belajar itu susah. Ya saya juga mengakui, saya juga seperti anda semua, saya juga pernah melalui zaman tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, dan yang terbaru zaman universiti, Ya memang betul. belajar itu susah, kita dapat lihat banyak orang yang bunuh diri kerana kecewa dengan kegagalan. tetapi yang menyelamatkan kita berbuat sedemikian adalah aqidah kita.

kerja sekolah yang banyak, kesukaran dalam mengingat, Gangguan rakan - rakan sekelas, tekanan daripada banyak pihak, tidak faham apa yang diajar, dan banyak lagi. susah dan susah itu sahaja yang bermain dalam fikiran saya ketika itu, saya cuba untuk mencari solusinya, sedaya upaya menjauhi perasaan benci akan belajar, akhirnya saya menjumpainya. kenapa belajar itu susah?

kerana ianya satu jihad

jihad apa yang senang atas muka bumi ini, wahai sahabat sekalian? tidak kiralah apa sahaja kita lalui mesti ada   rintangannya, pasti ada cabarannya, kerana apabila melepasi segala halangan - halangan tersebut, apa yang kita dapat? kita menjadi lebih kuat, lebih gagah untuk menghadapi cabaran yang seterusnya. manusia itu akan menjadi semakin kuat jika kuat diuji, seperti kalam yang saya pernah dengar "tangan manakah yang kuat, kiri atau kanan,"? jawapannya tangan yang banyak buat kerja,

begitu juga manusia, kesusahan itu menguatkan manusia
apabila memikirkannya kembali, jihad yang saya tempuhi selama ini tidak sama langsung dengan jihad para nabi dan sahabat - sahabatnya, jihad mereka tempuhi jauh lebih sukar, apa yang kita kecapi hari adalah hasil usaha jihad mereka. mereka tidak pernah merungut jauh sekali untuk berputus asa dengan jalan jihad mereka, tidak pernah merajuk dengan ketentuan Ilahi sama ada berjaya atau gagal.



sebagai konklusinya, apa sahaja yang kita tempuhi, pasti ada yang menghalangnya. Jadi tsabitkan hati kamu itu pada jalan-Nya kerana ianya satu jihad.