ramai manusia inginkan kelapangan dalam hidupnya. kadang kala ada segelintir daripada kita cuba untuk mencari masa untuk membuat perkara yang disukai. walaupun masa yang ada tidak begitu mengizinkannya untuk berbuat sedemikian. meskipun kita senantiasa terhimpit dengan kesibukan waktu, jadual kelas atau kuliyah yang amat padat, dan pelbagai lagi.
tetapi tahukah anda betapa ramai manusia dirosakkan oleh masa lapangnya sendiri?
sebagai analogi yang mudah, semasa kita cuti, apa yang lakukan? bangun lewat subuh, tidur sampai tengah hari, makan, tidur lagi, malamnya pula, bermain permainan komputer. lihat bagaimana manusia itu membiarkan dirinya rosak dengan masa lapang yang dikurniakan kepadanya. tetapi apabila tiba hari bekerja atau sekolah, ramai pula yang merungut kesuntukan masa, masa tidak cukup, jadual yang padat dan banyak lagi alasannya.
ramai manusia berfikir apabila mempunyai banyak masa lapang, mereka akan mempunyai ruang untuk membuat pelbagai perkara. Ya betul, jikalau kita merancangnya untuk mengisi masa lapang kita dengan berfaedah sebagai contoh membuat jadual untuk hari cuti. bukan setakat itu sahaja, kita juga kena disiplin untuk mematuhinya serta jujur dalam melaksanakannya
manusia manakah yang tidak mahu hidupnya tenang dan masa yang lapang?
Ya, saya juga termasuk dalam golongan yang inginkan kelapangan masa, jadi apa yang saya ingin kongsikan di sini, kita mestilah mempunyai strategi dalam mengatur jalan kehidupan seharian kita. saya juga pernah lakukan perkara yang membuang masa, selepas itu saya tidak temui pula kelapangan yang dicari, jadi yang saya temui hanyalah buntu semata - mata.
kesibukan itu mengajar, kenapa sedemikian? kerana dengan kesibukan itu , kita akan menyibukan diri kita dengan kebaikan dan perkara - perkara yang berfaedah. dengan kesibukan ini juga, kita akan menghargai masa yang terluang walaupun sedikit untuk digunakan.
mari kita sibukkan diri dengan perkara kebaikan
No comments:
Post a Comment