ramai manusia menganggap semua keseronokan itu membahagiakan. jadi ramai manusia berlumba - lumba untuk mencapainya. kadangkala sanggup menggadaikan masa lapang, tenaga, fikiran untuk mencapai keseronokan. bagi mereka dengan mencapai keseronokan akan terpadamlah perit jerih, kesusahan ketika mereka berusaha untuk mencapainya.
tetapi tahukah saudara sekalian, ada perbezaan yang ketara antara keseronokan dan kebahagian.
saya ingin bawakan satu kisah diceritakan oleh ustazah saya. kisah ini adalah mengenai seorang jutawan, jutawan ini mempunyai aset harta yang sangat banyak, memiliki syarikat yang amat hebat, mempunyai duit yang berbilion, tetapi tahukah anda apa yang terjadi pada jutaan tersebut?
jutawan itu membunuh dirinya sendiri.
tahukah kita mengapa seorang jutawan yang amat hebat itu, memiliki segala - galanya yang diidam setiap manusia, dan akhirnya membunuh dirinya sendiri. jawapannya hanyalah satu, dia telah mencapai semua yang diimpikannya, dia telah mendapat apa yang selama ini idamkan. kekayaan, harta, pangkat, dan pelbagai lagi telah dia kecapi. mengapa sedemikian?
kerana keseronokan itu tidak sama dengan kebahagiaan
segala impian yang dicapainya menyebabkan hatinya kering, jiwanya kosong, tidak terisi, itulah keseronokan. meskipun berjaya dalam kerjayanya, berjaya mencapai gelaran jutawan, tetapi jauh sekali pengakhirannya sebagai manusia yang berjaya atas muka bumi ini. tidakkah kita melihatnya dengan mata hati?
apabila setiap kejayaan yang kita capai, kita mestilah mengaitkannya dengan Allah. kerana itulah sumber kebahagiaan kita. yang kita cari atas muka bumi ini, bukanlah benda yang menyeronokan tetapi kita sebenarnya mencari kebahagian, sedang dalam masa yang sama pun, kita sedar bahawa keseronokan itu tidak berpanjangan tetapi hanya bertahan untuk seketika sahaja. apa yang kita cari hanyalah kebahagian yang hakiki, yang berkekalan sepanjang hayat kita bahkan membawa kita ke syurga-Nya
jadi carilah dalam hidupmu kebahagian, bukan keseronokan
No comments:
Post a Comment