Monday, 28 November 2011

kerana kita hanyalah hamba-Nya

Pernahkah saudara - saudari sekelian, memohon doa untuk sesuatu perkara tetapi tidak diperkenankan? Apakah yang anda rasa ketika mana saat doa kita seakan tidak didengari, tidak tanda - tanda untuk dimakbulkan? kecewa bukan, tidak banyak pon, kita akan tetap merasa kekecewaan itu walaupun sedikit, tahukah anda antara penyebab keadaan sebegitu?




sebab utamanya, kita adalah hamba.




kadangkala Allah sengaja tidak mahu memakbulkan permintaan kita, bukan bermakna Dia menzalimi hamba, bukan bermakna Dia tidak mendengarinya tetapi Allah ingin mengajar kita apa erti sebenar seorang hamba. manusia manakah yang tidak mahu semua keinginannya dipenuhi? manusia manakah yang tidak hasrat ditunaikan? manusia manakah yang suka apabila diuji? tetapi Allah kurniakan lebih apa yang kita mohon sebenarnya iaitu mengenal diri sendiri yang bergelar hamba.








tahukah anda apa yang akan terjadi sekiranya semua keinginan anda dipenuhi? apakah yang terlintas di benak fikiran anda apabila semua hasrat anda ditunaikan? di sini  terdapat dua kemungkinan iaitu anda bersyukur atas pemberian tuhan atau anda lupa diri. kebanyakan manusia akan lupa apabila diuji dengan kenikmatan, berasa diri tinggi lebih daripada orang lain, berasa dirinya hebat kerana semua yang diidamkannya boleh dicapai, apakah kita tidak memikirkannya.?








Biar kita susah, asal kita tidak jauh dari tuhan, biar kita perit asal kita tidak putus asa dengan tuhan, biar kita jatuh, asal kita dapat mengenal tuhan, jadi apa yang terjadi di sekeliling kita, bahkan apa yang kita hadapi, terimalah ia sebagai teguran dari tuhan yang menyedarkan kita hakikat kehidupan makhluk iaitu kerana kita hanyalah hamba-Nya








Terdapat hikmah dalam setiap aturan-Nya, jangan kita melihatnya dari satu aspek sahaja, tetapi berusahalah untuk melihatnya dari sudut berbeza, dari sudut positif, bersangka baiklah dengan tuhan. Allah tidak akan menzalimi hambanya melainkan hamba itu sendiri. 

No comments:

Post a Comment