saya menulis blog ini bukan untuk mencari populariti atau menjadikan ia satu medium untuk mencari kawan atau teman tetapi sekadar untuk berkongsi pengalaman, pandangan, fikrah, atau berkongsi matlamat... saya ingin jadikan ia satu medium yang membolehkan saya untuk melihat sesuatu benda daripada sudut yang berbeza dengan berkongsi pendapat dengan orang lain melalui cara berfikir masing - masing, menjadikan pandangan saya lebih menyeluruh dan luas.
Apa yang ingin saya katakan di sini, setiap daripada kita ini mempunyai pandangan yang berbeza dalam sesuatu perkara, pandangan kita dengan orang lain mungkin sama atau mungkin tidak, tetapi pendapat yang berlainan itu mengajar kita cara berfikir dengan lebih matang dan menyeluruh dalam sesuatu perkara. tidak hanya terikat dengan satu - satu aspek sahaja. mengajar kita agar melihat yang merangkumi semua aspek.

semoga diberi kelebihan atau kekuatan untuk terus mentarbiyah diri dan sahabat - sahabat, semoga apa yang cuba disampaikan akan menjadi buah fikiran atau pendapat yang berguna untuk mencari hakikat kehidupan makhluk yang sebenar.
No comments:
Post a Comment