Saturday, 14 January 2012

Sungguh ianya aturan Dia

Apa yang kita lalui adalah aturan-Nya, bukan tertumpu perkara – perkara penting sahaja tetapi termasuk juga perkara – perkara kecil. Jalankanlah kehidupan ini dengan tenang walaupun ada perkara yang tidak menyenangkan kita berlaku. Bukan sekali dua, bahkan berkali – kali, walaupun ianya kita tidak senangi, hadapinya dengan tenang.

Satu peristiwa

 ‘macam mana aku nak tenang, kalau macam tu perangai’ ungkapan yang keluar daripada lubuk hati saya ketika mana saya dimarahi kerana menegur seseorang berkaitan dengan penjagaan aurat. Bahkan orang tersebut memberi amaran kepada saya, tergamam saya dan semalaman saya tidak nyenyak tidur kerana memikirkannya.

Mengapa perlu tenang dalam menghadapinya?

Saya memujuk hati saya untuk menerimanya, memang sukar pada awalnya, tetapi tidak  berhenti daripada terus memujuk hati. Dan saya cuba munasabah diri, mencari solusinya, dan selepas munasabah terdapat banyak perkara atau pengajaran yang saya perolehi daripada peristiwa yang berlaku kepada saya. Ternyata ianya aturan-Nya.

Dia telah mengaturkannya untuk kita.

Ya, Dia telah mengaturkannya untuk melihat bagaimana kita menghadapinya. Adakah kita ini jenis yang mudah berputus - asa menyeru orang ke arah kebaikan, atau kita tidak mempunyai hikmah dalam dakwah kita, adakah kita ini cukup sempurna serta hanya melihat yang keaiban orang lain sahaja? Itulah aturan-Nya, supaya kita munasabah kembali.

Merupakan hadiah daripada Allah

Ianya menjadi hadiah jika kita bermunasabah dan bersangka baik dengan aturan-Nya. Dan ianya juga boleh menjadikan kita lebih berfikiran terbuka dan bersedia menghadapi dugaan dalam melaksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim. Terbukti ia adalah kekuatan bagi mereka yang berusaha di jalan-Nya.

Sesungguhnya orang mu’min itu sungguh luar biasa, apabila diberi kenikmatan, lalu dia bersyukur. Apabila diberi ujian dan kesusahan, lalu dia bersabar. Ternyata dalam semua keadaan, adalah baik baginya. Sungguh dia adalah oran mu’min



Alhamdulillah, kerana mengaturkannya.

No comments:

Post a Comment