Apa yang dicari oleh manusia itu adalah ketenangan semata – mata. Kadang – kadang kita lihat manusia mengejar pelbagai impian sama ada daripada aspek kerjayanya, pembelajarannya, kewangannya dan pelbagai lagi, ternyata yang mereka temui adalah hampa meskipun telah berjaya mendapatkannya.
Kita lihat mereka yang telah mencapai cita – cita yang kita idamkan.
Pernahkah saudara sekalian, berjumpa dengan seseorang yang telah mencapai cita – cita kita yang kita impikan. Apakah pandangan saudara – saudari sekalian tentang keadaan lain? Apakah cita – cita itu sudah cukup membahagiakan seseorang tersebut? Tidak, tidak sama sekali apabila tidak bersumberkan kepada Allah.
Jiwa kosong apabila sampai ke destinasi tujuan
Percayalah bahawa terdapat sebilangan besar daripada kita sudah mencapai apa yang manusia idamkan. Harta kekayaan, wanita, pangkat dan segala macam kemahuan manusia telah dikecapinya tetapi ternyata tiada ketenangan yang ditemui. Bahkan menjadikan hati dan jiwanya keluh kesah dan tidak tenang.
Mengapa?
Tahukah kita bahawa tujuan kita hidup atas muka bumi ini bukan mencari tuntutan kemahuan itu semua, tetapi memenuhi tuntutan kemahuan pencipta kita sendiri iaitu Allah. Dia yang meciptakan manusia adalah untuk mengabdikan diri kita dan seluruh jiwa kita hanya untuk-Nya. Itulah sumber kebahagian kita.
Sumber kebahagian manusia
Mengapa dengan mengabdikan diri, kita akan memperoleh kebahagiaan? Kerana itu adalah fitrah kita, sentiasa memerlukan sesuatu untuk kita bergantung harapan kita semua. kita ini hanyalah hamba-Nya, menunjukkan kita ini sememangnya lemah dan kerdil di sisi Allah, dengan perasaan sebegitu, ianya menjadi sumber kebahagian manusia yang dicari selama ini.
Tanya hati kamu bukan nafsu
Ya, Tanya hati kamu, bukan nafsu kerana nafsu itu tidak pernah puas dengan apa yang ada pada diri seseorang sedangkan hati kamu itu inginkan kebahagian yang hakiki
No comments:
Post a Comment