Saturday, 7 January 2012

Musim peperiksaan

Musim peperiksaan saya baru sahaja tamat sebentar tadi, ternyata segala beban dan kesusahan sebelum menghadapinya, hilang begitu sahaja. Segala macam persiapan dilakukan, ulang kaji, latih tubi, latihan, simulasi, nota dan pelbagai lagi untuk saya menghadapi peperiksaan ini. Saya yang pernah bergelar pelajar, pasti akan merasainya.

Berkorban

Sebelum saya menghadapi peperiksaan, pelbagai perkara yang saya sukai terpaksa saya korbankan, waktu tidur saya, waktu main permainan computer, dan banyak lagi perkara lain yang terpaksa saya isi dengan mengulangkaji pelajaran. Menelaah buku, membaca nota menjadi rutin ketika ini.

Tarikh peperiksaan

Tarikh peperiksaan telah lama ditetapkan, dan ianya membolehkan para pelajar membuat perancangan berkenaan dengan persediaan mereka, dan mengatur jadual waktu rutin kehidupan mereka. Hal sedemikian, ternyata memudahkan ramai pelajar melakukan persiapan dan persediaan dalam menghadapi peperiksaan.

Tetapi,

Pernahkan kita terfikir? Bahawa ada satu peperiksaan yang amat besar yang sering disebut dalam al – qur’an. Iaitu Hari Kiamat, di mana hari itu tidak diberi tahu tarikhnya. Bayangkan jika peperiksaan dalam dunia ini dijalankan secara mengejut. Serta markahnya menentukan masa hadapan kita. Dalam keadaan kita tidak bersedia, Apakah perasaan kita?

Bayangkan

Bayangkan jika begitu juga hari kiamat yang tidak diberitahu tarikhnya dan markah yang diperoleh menentukan syurga atau neraka sebagai balasannya dalam kita tidak bersedia menghadapinya. Sungguh, sungguh rugi mereka yang tidak melakukan persediaan menghadapinya. Apakah kita sedar?

Bergerak melakukan persediaan bermula sekarang



Sesungguhnya orang – orang mu’min itu sentiasa dalam keadaan sedia dalam setiap masa untuk menghadapi hari tersebut. Ayuh bergerak melakukan persediaan mulai sekarang kerana tarikh hari peperiksaan tersebut tidak diberitahu!!

No comments:

Post a Comment