Saturday, 7 January 2012

Hati kita inginkan-Nya, kenapa menghalangnya?

Manusia itu sentiasa inginkan tuhannya, sentiasa ingin dekat dengan Allah, tidak mahu menjauhi Allah walaupun hanya seketika. Hati dan jiwa mudah gelisah apabila hati kita menjadi lalai dalam mengingati-Nya. Kerana itu adalah fitrah kita, kita adalah hamba-Nya yang kerdil yang sentiasa bergantung dengan-Nya

Hidup hilang arah.

Ya saya pernah merasainya sendiri, arah dan matlamat hidup saya hilang masa itu, seolah – olah hidup ini kosong, apa yang saya lakukan seolah – olah tidak menjadi,  tiada kebahagian di dalamnya, jiwa kering, hati kosong daripada-Nya. Pelbagai usaha yang saya lakukan untuk mencari keseronokan bagi menghiburkan hati saya yang kosong, ternyata hampa

Bagaimana aku ingin menghadapi semua ini?

Meneruskan kehidupan dengan jiwa kering, segala keseronokan dan kegembiraan selama ini seakan – akan hilang begitu sahaja. Apa yang harus aku lakukan sekarang ini? Seakan –akan hidup telah bosan dengan apa yang kita ada selama ini. Sehinggalah saya menemui satu ayat daripada kalam Allah. Ertinya “tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku”

Hanya satu jalan penyelesaian

Kehidupan kita adalah ibadah jika islam menjadi cara hidup kita. Hati kita sentiasa inginkannya, sentiasa inginkan islam kerana itu adalah fitrah manusia. Mereka yang tidak mengambil islam sebagai cara hidup hanyalah akan seronok sebentar sahaja, tetapi jauh dalam sudut hati mereka, sentiasa inginkan islam.

Nikmatnya bersama Allah

Siapa boleh menafikannya? Kita lihat zaman nabi dan para sahabat ternyata mereka sentiasa bersama – sama dengan Allah, cara hidup mereka adalah islam dan ianya menjadi kekuatan bagi mereka. Dan ianya menjadi bukti bahawa kita jiwa kita amat memerlukan-Nya. Tetapi,mengapa masih lagi terdapat segelintir yang menghalang hatinya untuk Allah.



Bahagiakan hati dengan-Nya

No comments:

Post a Comment