Saturday, 14 January 2012

Sesungguhnya dirimu amat berharga

Siapakah makhluk yang diciptakan lebih berharga daripada manusia? Jawapannya adalah tiada, tiada yang lebih mulia daripada manusia. Itulah hakikat sebenar kehidupan alam ini, sehingga manusia itu terpilih menjadi khalifah bagi muka bumi ini. Dan siapakah pula yang memilihnya? Dia adalah pencipta dan pentadbir alam ini dan merupakan raja segala raja. Dia adalah Allah.

Sungguh kita adalah manusia yang mulia

Tahukah kamu, siapakah yang membenarkan dan mengakui kita adalah manusia mulia? Iaitu al-quran yakni kalamullah yang membenarkannya. Mulianya manusia itu sehingga al-quran mengakuinya, lihatlah bagaimana Allah memuliakan kita sebagai seorang manusia, diulang berkali- kali di dalamnya sebagai penegasan kita sememangnya mulia.

lihatlah begitu tinggi kedudukan manusia di sisi Tuhannya

lihatlah dengan mata hati kamu, kejadian manusia yang begitu komplek sekali. Semuanya berjalan dengan sempurna sekali, dan semuanya bergerak mengikut aturan-Nya, dan jika terdapat sedikit sahaja kesilapan, maka ianya akan memberi kesan yang sangat besar kepada manusia. Bukankah itu sangat mengagumkan?

Sesungguhnya Allah telah menyediakan syariat – syariat sebagai panduan untuk kita sebagai manusia, Kenapa terdapat sebahagian manusia kagum dengan penciptaan manusia tetapi tidak kagum dengan syariat yang diturunkan, Bahkan ada yang menentangnya. sedarkah kita yang mencipta tubuh badan manusia dan syariat – syariat tersebut adalah tuhan yang sama iaitu Allah. Kenapa hanya kagum sebahagian sahaja daripada penciptaan-Nya. Kenapa saudara – saudariku?

Sedarkah kamu betapa ramai manusia yang menjatuhkan diri mereka sendiri ke lembah kehinaan setelah dimuliakan Allah? Mengapakah terjadi perkara sedemikian? Hanya satu sahaja jawapannya iaitu membiarkan islam tenggelam dalam kehidupan dunia ini. Tidak mengamalkan islam secara keseluruhan hanya juz’i – juz’i sahaja.

Jangan biarkan kita menjadi hina

Kemuliaan itu diperolehi apabila manusia menjalankan kehidupan ini didasari dengan islam secara keseluruhannya. Begitu juga sebaliknya jika meninggalkan islam walaupun sedikit, hanya kehinaan akan tercurah ke atas diri kita. Dan dengan hanya mengamalkan islam, membezakan kita dengan makhluk lain. 



Tanpanya, kita tiada beza.

No comments:

Post a Comment