Thursday 21 March 2013

Islam bukan hanya di mulut


“ ana ada join satu usrah persatuan, naqib tu cakap persatuan dia bawa islam” kata seorang sahabat”.

Aku hanya mendengar sambil menelan gumpalan nasi yang masih ada dalam pinggan, “pastu”? tanya aku.

“tapi ana pelik la, bila ana ajukan persoalan tentang persatuan – persatuan lain,daripada jawapan yang dia bagi, seolah – olah memburukkan persatuan lain” jawabnya.

“alah biasalah tu, mana orang ada pernah tengok kudis sendiri” aku berkiasan”.

“Tetapi, dia kata dia bawa islam” balasnya pantas

Balasan jawapannya membuat aku behenti mengunyah. Di sini aku mula berfikir

Sekiranya benar seseorang menyatakan bahawa dia membawa islam, mengapa dia tidak berkelakuan seperti islam gariskan? Memburukkan orang/persatuan lain tidak pernah islam perintahkan, bahkan setahu aku, islam melarang dengan sekeras – kerasnya berbuat demikian.

[11]Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. (Hujurat)

“sebenarnya ana pun masih keliru seperti enta, dimulut penuh dengan ayat alquran dan hadis apabila berusrah tetapi dalam facebook, masyaAllah, jauh daripada apa yang diperkatakan” akhirnya aku luahkan juga

“ana takut adik – adik yang belum jelas kefahamannya tentang islam akan keliru, apa yang benar dengan apa yang salah” balasnya dengan nada mengeluh.

Inilah fitnahnya, jikalau yang diperkatakan lain daripada yang diperlakukan, akan menyebabkan islam agama yang suci itu dikotorkan oleh golongan yang membawanya sendiri demi kepentingan  persatuan. Menambah ahli, mencari undi, menarik perhatian, tarik – menarik adik – adik yang masih mentah, supaya persatuannya menjadi satu – satunya persatuan seolah – olah benar, dalam masa yang sama memburukkan orang/persatuan yang lain, mencaci di sana sini, memperli sesama lain, manakah fikrah islam, dan dimanakah pula hasil tarbiah yang dibawa?

Sesungguhnya jika benar kita dipihak yang benar, benar kita dengan alquran dan as sunnah bukan dengan pendapat persatuan,

Contohilah para ulama terdahulu yang sangat tinggi ilmunya, tetapi sangat tawadhuk, serta amat menghormati pendapat ulama yang lain yang berbeza dengannya,tidak menghina orang yang tidak mengikut pendapatnya bahkan menghormati dan memuliakannya. Apakah yang membolehkan para ulama berbuat sedemikian?

Kerana mereka menyedari mereka juga seperti manusia biasa, yang bisa melakukan kesilapan, tiada manusia yang maksum melainkan Nabi(SAW),  mereka juga sedar hanya Al quran dan as – sunnah sahaja benar, tiada pertikaian tentangnya.

Berbeza pendapat itu biasalah,

Berbeza pendapat adalah perkara yang tidak boleh dielakkan, lihatlah mana – mana zaman, lihatlah mana – mana tempat pun, mesti ada perbezaan pendapat, lihat ulama – ulama terdahulu berbeza pendapat yang tiada nas mengenainya tetapi mereka boleh berlapang dada, bertolak ansur dengan pandangan – pandangan ulama lain, tetapi apabila diseru perintah jihad keatas mereka, mereka semua turun seiringan untuk jihad bersama – sama. Perhatikan mereka apa yang membezakan kita dengan mereka.

Sikap kita

Iaitu sikap kita ketika ada perselisihan, memperli orang , memburukkan orang, mengaibkan persatuan, menfitnah jamaah lain dan yang paling teruk mengkafirkan sesama islam, Apakah ini islam ajarkan?

Fikirkan ayat ini

Katakanlah: “Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu menghalangi orang-orang yang beriman daripada menurut jalan jalan (ugama Islam), kamu hendak menjadikan jalan Allah itu bengkok terpesong, padahal kamu menyaksikan (kebenarannya)? “Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.

Sekiranya kita hanya melihat sahaja dari segi terjemahan, kita hanya melihat orang – orang kafirlah yang menghalangi jalan – jalan Allah, akan tetapi jika diteliti ayat ini, orang yang kononnya membawa islam itu sendiri juga menghalangi jalan Allah, bagaimana? Dia mengatakan islam seperti ini, tetapi perbuatan jauh sekali dari apa yang diperkatakan. Lalu  islam dilihat  kotor dek kerana perlakuannya, akhirnya menjauhkan orang daripada islam. Bukankah ianya termasuk menghalangi orang dari jalan Allah?

Fikirkan kembali sahabatku jika benar islam yang dibawa 

No comments:

Post a Comment